31 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Golongan B40 dan  asnaf  terima daging lembu sempena Program Semarak Bulan Kebangsaan 2021

SERAH…. Bashir menyerahkan daging lembu secara pandu lalu kepada salah seorang Ketua Kampung

LABUAN: Kira-kira 800 pek daging lembu diagihkan kepada  golongan B40 dan asnaf serta petugas barisan hadapan  menerima  satu pek  daging lembu sempena Program Semarak Bulan kebangsaan 2021.

Program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Perbadanan Labuan, Jabatan Vaterinar, PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)  dan beberapa agensi kerajaan yang lain telah diagihkan oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias secara pandu lalu di perkarangan Pejabat Veterinar Labuan, pagi Sabtu.

Daripada  jumlah itu, sebanyak 500 pek diagihkan kepada golongan tersasar B40 dan asnaf melalui Ketua-Ketua Kampung, manakala 300 pek lagi diagihkan kepada petugas barisan hadapan yang terlibat dalam memerangi pendamik COVID 19.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan  (JAWI) Labuan,  Ustazah Sharidah Zainal Abidin, Pengarah Jabatan Veterinar Labuan, Dr Marysia James Abie dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Mohd Hafiez Daud.

LEPAH…. Bashir ketika melepah daging lembu sebagai tanda simbolik Program  Sumbangan Daging Lembu Sempena Bulan Kemerdekaan sambil diperhatikan Rithuan (kiri) dan Sharidah (kanan)

Terdahulu, Sharidah ketika ditemui media berkata, program Sumbangan Daging Lembu kepada penduduk tersasar dan pasukan patugas barisan hadapan  melibatkan penyembelihan 10 ekor lembu sumbangan daripada QSR Brands Sdn. Bhd.

Katanya, proses penyembelihan 10 ekor lembu yang  diadakan di Rumah Penyembelihan Ruminan  Jabatan Veterinar   turut   disaksikan oleh  Datuk Bashir dan ketua ketua jabatan yang berkaitan.

Sementara itu, Bashir mengucapkan tahniah kepada Jabatan Agama Islam (JAWI) dan jabatan  yang terlibat dalam menjayakan program  tersebut.

“Saya berharap melalui program ini akan dapat menyuntik semangat patrotisme dan prihatin   dikalangan  masyarakat Labuan   khususnya kepada mereka yang terjejas akibat pendamik COVID 19” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN