25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 10, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Golongan asnaf Nabawan terima sumbangan daripada Kumpulan Yayasan Sabah

Ghani menyampaikan sumbangan golongan asnaf daripada Kumpulan Yayasan Sabah kepada salah seorang penerima.

NABAWAN: Seramai 60 orang golongan asnaf di daerah ini menerima sumbangan kewangan daripada Kumpulan Yayasan Sabah (YS).

Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin sempena majlis berbuka puasa anjuran bersama Kumpulan YS dan Masjid
Al-Huda, Kampung Bahagia Nabawan baru -baru ini.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) dalam ucapannya merakam ribuan terima kasih kepada pihak Kumpulan Yayasan Sabah atas
kesudian bekerjasama menganjurkan majlis berbuka puasa dengan Jawatankuasa Masjid di sini.

Katanya, sememangnya sebagai agensi Kerajaan
Negeri akan sentiasa saling mendokong dan memastikan
kesejahteraan masyarakat di negeri ini akan sentiasa terlaksana dan didahulukan demi kesejahteraan semua.

“Dengan demikian juga potensi untuk kita merapatkan silaturahim akan terus terjalin erat dan agensi kerajaan
seperti Kumpulan Yayasan Sabah juga dapat meneroka keperluan ataupun potensi-potensi yang ada di sini untuk
dibangun atau diberi peluang supaya masyarakat di pedalaman seperti di daerah ini tidak tercicir daripada
mendapat hak atau bantuan-bantuan daripada kerajaan mahupun agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab” jelasnya.

Pada masa sama Ghani yakin Kerajaan Negeri Sabah yang ada pada hari ini akan memastikan keutamaan pembangunan luar
bandar dan Pedalaman khususnya dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat terutama dalam aspek sosio-ekonomi, pembangunan modal insan dan sebagainya.

Ghani dalam ucapannya juga melahirkan harapan agar umat Islam sentiasa menjaga akhlak sesama saudara Islam kita begitu juga dengan orang-orang atau saudara kita yang bukan beragama Islam.

“Kita mestilah menjaga silaturahim dan menunjukkan contoh yang baik
lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini agar kehidupan bermasyarakat di kawasan kita sentiasa aman dan harmoni tanpa ada apa-apa masalah yang membezakan kita di sini” katanya.

Tambahnya, sebagai masyarakat Islam perlu bersyukur dan sentiasa menyambut baik pelbagai inisiatif atau bantuan daripada Kerajaan Negeri untuk memastikan kesejahteraan semua pihak terus terbela dan terpelihara.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN