ADVERTISEMENTspot_img

Giat MARA Labuan Rancang Tambah Bidang Kemahiran Minyak dan Gas

MOHD RAFI menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada pelajar sekolah menengah sempena Program Beg To School dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan, pada Sabtu

LABUAN:  Giat Mara Labuan merancang untuk menambah bidang kemahiran  melibatkan industri minyak dan gas serta perkapalan bagi memberi manfaat kepada penduduk tempatan khususnya golongan belia.

Pengerusi Penasihat Giat Mara Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, perancangan itu adalah bertujuan meningkatkan pembangunan Pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)  sebagai tambah nilai dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk di pulau bebas cukai ini.

“Saya akan memperbanyakan kursus dalam bidang industry minyak dan gas bahkan saya juga mahu anak-anak jati Labuan diberi keutamaan agar mereka boleh berkhidmat di tanah air mereka sendiri

“Ketika ini, kita lihat peluang pekerjaan dalam bidang ini lebih diisi oleh orang luar dari Sabah dan Sarawak. Tetapi untuk anak anak Labuan amat kurang dalam industri kerana kurang kemahiran dalam bidang minyak dan gas.

“Selepas ini saya akan berusaha untuk memperbanyakan lagi kursus  dalam industri  minyak dan gas keutamaan diberikan kepada anak-anak jati Labuan” katanya

Beliau berkata demikian kepada media pada Program Back To School dan penyampaian Bantuan Awal persekolahan anjuran Yayasan Bank Rakyat dan Yayasan Pelajaran MARA di Desa Tunas Hijau pada Sabtu.

Mohd Rafijuga  berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan syarikat limbungan kapal Labuan Shipyard untuk mengadakan kerjasama melibatkan tenaga kerja mahir dalam industri minyak dan gas dan perkapalan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN