28.2 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ghani: Pemimpin-pemimpin masyarakat perlu berdisiplin, berintegriti.

Ghani (tengah)bersama Bobbey (kiri)dan rombongan diiringi oleh Ketua Anak Negeri Mukim Pensiangan Atar  Andipoh disambut dengan tarian tradisi Murut.

NABAWAN:Pemimpin-pemimpin masyarakat perlu berdisiplin dan berintegriti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, pemimpin-pemimpin masyarakat terdiri daripada Ketua-Ketua Adat yang merangkumi Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Pengerusi JPKK.

Katanya, mereka ini adalah penghubung antara rakyat dengan kerajaan dan memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat-maklumat penting disamping menjadi pelaksana dasar-dasar kerajaan diperingkat akar umbi.

Justeru itu mereka perlu mempunyai disiplin dan integriti yang kukuh sebagai pegangan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)berkata, Ketua-Ketua Adat dan badan JPKK perlu berganding bahu bagi memajukan kampung masing-masing.

“Ketapikan fahaman politik dan kepentingan peribadi dan tumpuhkan perancangan untuk pembangunan kampung. Kurangkan aktiviti politik dan pergiatkan yang lebih menjuruskan aktiviti ekonomi” katanya semasa menyampaikan pada Majlis Pemimpin Setempat 2022 Mukim Pensiangan di Balai Budaya Kampung Salinatan pada Khamis lepas.

Ghani bersama Bobbey dan rombongan mengabadikan gambar kenangan bersama kumpulan penari Kampung Salinatan.

Turut menyampaikan amanat pada majlis itu, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bobbey A. Suan, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)Nabawan Deckson Andipai dan Ketua Daerah Kecil Pagalungan Philip Antugi.

Pada majlis itu, Ghani turut menekankan bahawa di kawasan ini Sektor Pertanian dan Pelancongan pemangkin ekonomi pada masa akan datang.

Pada majlis itu Ghani meluluskan peruntukan pembinaan rumah panjang di Pusat Pelancongan Tahas Tininting Kampung Salinatan, bibit kelapa pandan dan bibit durian musang king, baju koprat Ketua Kampung dan Pengerusi JPKK Mukim Pensiangan.

Beliau turut menyampai bantuan 100 bakul makanan dan pelitup muka.

Pada sebelah malam hari yang sama majlis yang sama turut diadakan di Mukim Pagalungan yang berlangsung di Balai Budaya Kampung Pagalungan.

Bagi Mukim Pagalungan Ghani menyampaikan 17 buah tangki air untuk penginapan Ketua-Ketua Kampung di balai budaya, tiga buah mesin rumput untuk JKDB Pagalungan,  100 bakul makanan dan pelitup muka.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN