30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Gempa bumi lemah 2.8 skala Richter landa Ranau.

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Satu gempa bumi lemah berukuran 2.8 pada skala Richter dikesan di sini, kira-kira jam 2.04 petang tadi (Selasa)

Jabatan Meteorologi (MET) Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, gempa bumi itu berpusat 6.0 darjah utara dan 116.7 darjah timur.

Menurut MET Malaysia, ia berlaku  2 Kilometer Tenggara dari Ranau dengan kedalaman 5 Kilometer.

Gegaran mungkin dirasai di sekitar daerah Ranau. Bagaimanapun gegaran itu tidak mengakibatkan ancaman tsunami.

Dr.Jamili Nais-Pengarah Taman-Taman Sabah.

Sementara itu, Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr.Jamili Nais dalam satu catatan di laman Facebooknya berkata, tidak berlaku sebarang kejadian di Gunung Kinabalu.

“Menurut Ranger di Panalaban, tiada apa-apa berlaku dan semuanya dalam keadaan selamat,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN