30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Gelari memaparkan gambar-gambar nostalgia Pekan Bingkor bakal diwujudkan: Robert Tawik

Rumah Besar OKK Sodomon….antara tinggalan bersejarah yang terdapat di Pekan Bingkor.

KENINGAU: Sebuah gelari yang bakal memaparkan gambar-gambar nostalgia Pekan Bingkor bakal diwujudkan untuk memberi informasi kepada masyarakat dan generasi baru mengenai sejarah di pekan itu.

Menjelaskan cadangan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor, Datuk Robert Tawik berkata, pihaknya dalam rangka usaha mengumpul beberapa bahan penting untuk merealisasikan galeri berkenaan.

“Sebuah bangunan yang sesuai telah disediakan dan kita akan mendapatkan kerjasama semua pihak termasuk badan profesional untuk melengkapkan galeri ini”. Katanya.

Dalam pada itu, Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah berkata, penduduk setempat juga dialu-alukan untuk menyumbang bahan-bahan sejarah nostalgia Pekan Bingkor seperti gambar-gambar lama dan tulisan sejarah bagi melengkapkan lagi galeri berkenaan.

Bingkor pesat membangun ketika ini.

Jelasnya, galeri seumpama itu penting untuk tatapan generasi muda khasnya yang belum pernah mengetahui mengenai sejarah latar belakang Pekan Bingkor yang begitu terkenal diseluruh negeri Sabah.

“Beberapa lagenda pemimpin berasal dari sekitar perkampungan Pekan Bingkor sebelum ini. Justeru itulah saya memikirkan perlu diwujudkan sebuah galeri untuk memberikan ilmu kepada ramai pihak khasnya generasi muda masa kini”. Katanya dalam satu temubual pada Ahad lepas.

Pekan Bingkor memperlihatkan perubahan pembangunan yang pesat sejak akhir-akhir ini hasil daripada pentadbiran Datuk Robert Tawik selaku wakil rakyat Dun Bingkor yang membolehkan rakyat kawasan itu menjalankan rutin kehidupan selesa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN