25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Futsal bawa banyak manfaat kepada golongan muda: Jonathan

Benedict (tengah), Rajilia, Saidin dan lain-lain bergambar kenangan semasa acara itu


RANAU: Sebanyak 9 pasukan mewakili pasukan masjid dan surau di sekitar Kg Timbua Ranau berentak dalam Pertandingan Futsal Piala Pusingan Masjid As Syarif Kg Timbua 2024 yang diadakan di sini pada Ahad.


Untuk acara tersebut, johan akan menerima wang tunai, piala pusingan dan hamper manakala naib johan, tempat ketiga dan keempat menerima wang tunai dan hamper, sementara peserta lain menerima saguhati berupa hamper.


Pertandingan yang diadakan bertempat di Gelanggang Arena Juara SMK Timbua Ranau dirasmikan oleh Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin yang diwakili Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda.


Jonathan mengucapkan syabas dan tahniah atas anjuran yang berjaya menghimpunkan pada belia dari berbagai kampung di sekitar kawasan ini.


“Permainan futsal fokus terhadap kemampuan teknik setiap pemain dan juga keahlian memberikan keputusan ketika berada dalam kondisi tekanan tinggi. Tampaknya, ini akan membuat belia kita lebih kuat dan cerdik

Benedict menendang bola sebagai gimik pelancaran pertandingan itu


“Selain bagus untuk melatih fisik, olahraga futsal juga dapat membangun karakter para belia. Bagaimana cara pembentukan karakter anak ini dilakukan? Caranya dengan belajar bekerja sama dengan orang lain, lebih disiplin, belajar pengendalian diri, mampu mengambil keputusan dan menghormati orang lain,” katanya.


Selain daripada itu, katanya, dengan melibatkan diri secara aktif dalam bidak kesukanan seperti futsal, para belia juga dapat mengelakkan diri daripada terjerumus kepada aktiviti yang kurang sihat dan memudaratkan seperti penyalah gunaan dadah.


“Diharapkan pada masa akan datang, penyertaan daripada pasukan lain akan lebih memberangsangkan supaya lebih banyak saingan, sengit dan tambah meriah.


“Kami dari Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau akan sentiasa bekerjasama dengan mana-mana persatuan dan akan cuba bantu mana yang mampu,” kata Jonathan.


Turut hadir, Ketua Anak Negeri (KAN) Jamidi Sayap, Pengerusi Penganjur Rajilia Saidin dan pemimpin masyarakat setempat.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN