25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

FOA perperanan  penting sebagai landasan membantu, membimbing bekas penagih dadah

Datuk Jonathan (kanan)menyampaikan sumbangan berupa baju ‘T’  Pengiktirafan Kekal kepada salah seorang klien diperhatikan tetamu yang lain.

RANAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri II,  Kementerian Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yasin memuji inisiatif Jawatankuasa Pasukan Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri dan JKPD Daerah Ranau kerana berjaya menganjurkan Program Family On Alert (FOA) ‘Keluargaku Harapanku’ peringkat  daerah Ranau tahun  ini sebagai antara usaha membantu golongan klien (bekas penagih dadah) agar kembali ke pangkuan keluarga dan hidup bersama masyarakat membina kehidupan baharu.

Menurut Datuk Jonathan, FOA boleh perperanan  penting sebagai landasan membantu dan membimbing para klien untuk membina kehidupan yang lebih baik demi masa depan  keluarga mereka.

“Jangan sisihkan mereka, sebaliknya berikan bimbingan dan didikan terbaik agar mereka mampu mendepani kehidupan masa depan bersama anggota masyarakat yang lain”, tegasnya ketika berucap merasmikan program itu di Dewan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Negeri Cawangan  Ranau pagi tadi (9 Okt).

Jonathan turut menyeru lapisam masyarakat supaya memberi kerjasama membenteras kegiatan penyalahgunaan dadah yang merupkan musuh nombor satu negara.

” Marilah kita sama-sama berganding bahu dengan kerajaan khususnya kepada pihak AADK dan pihak polis untuk mengesan lokasi yang ada kegiatan penagihan dadah untuk kita benteras daripada merosakkan generasi muda belia termasuk golongan pelajar sekolah”, tegas Datuk Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau yang seterusnya dilantik sebagai Penaung Jawatankuasa Pemulihan Dadah  (JKPD)  Ranau.

Turut berucap ialah Pengarah AADK Sabah, Abdul Hamediee Bin Ibrahim, sementara hadir sama ialah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK Malaysia, Chan Hong Jin, Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superitendan Polis (DSP) Semuin Bin Lomudin, Pegawai Kesejahteraan Daerah Ranau yang juga  Pengerusi  Jawatankuasa Pemulihan  Dadah Ranau, Shamdin Rijin mewakili Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Bin Samsir dan Penolong Setiausaha Kanan Pusat Zakat Sabah, Ust.Sharudin Bin Mansurudin.

Majlis berakhir dengan menyampaian anugerah  Pengiktirafan Klien Kekal Pulih 5 Tahun  dan penyampaian sumbangan Zakat kepada Klien Asbaf disempurnakan Datuk Jonathan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN