24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Flovia rasmi Bulan Kebajikan 2024 dan Program Sihat Sejahtera MPMS di Tulid

FLOVIA.. disambut mesra masyarakat setempat ketika tiba di majlis itu, pada Sabtu.


TULID: Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia Ng telah melancarkan Majlis Pelancaran Bulan Kebajikan 2024 dan Program Sihat Sejahtera anjuran Majlis Pekhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) di Dewan Pinipi Kg Lanas Tulid pada hari Sabtu.


Flovia yang juga merupakan Adun Tulid mengucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis Pekhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS), khususnya Setiausaha Eksekutif MPMS Yang Berusaha Joeanne Lee Soon Ee dan rakan-rakan strategik di dalam dan luar Kementerian serta rakan-rakan NGO atas komitmen dan kerjasama dalam melaksanakan majlis meraikan Bulan Kebajikan 2024 peringkat Sabah itu.


“Saya difahamkan bahawa Bulan Kebajikan merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh MPMS dengan menggabungkan usaha dari semua 24 organisasi ahlinya yang terdiri daripada NGO kebajikan untuk meningkatkan kesedaran mengenai program dan perkhidmatan kebajikan,” katanya.


Pada masa yang sama, Flovia berkata, program itu juga bertujuan untuk menggalakkan ahli komuniti untuk bersama-sama menyertai khidmat sukarela kebajikan.


“Tema Sejahtera Bersama melambangkan usaha dan komitmen MPMS serta para anggotanya untuk memupuk keterangkuman dan semangat kebersamaan dalam masyarakat.


“Dengan semangat Sejahtera Bersama, kita ingin mewujudkan masyarakat di mana setiap individu, tanpa mengira usia atau jantina, dapat hidup sihat dan sejahtera bersama-sama.


“Sama ada muda atau tua, lelaki atau wanita, kita semua boleh bersatu dalam usaha untuk mencapai gaya hidup yang sihat dan sejahtera.

FLOVIA melawat pameran yang turut diadakan ada program itu

Inilah matlamat yang kita impikan, sebuah komuniti yang saling menyokong untuk mencapai kesejahteraan bersama.


“Saya berharap semua aktiviti kebajikan sukarela yang telah dirancang sepanjang Bulan Kebajikan 2024 ini akan mencapai kejayaan dan membawa manfaat kepada komuniti,” katanya.


Dalam majlis itu juga diadakan program Sihat Sejahtera untuk mempromosikan aktiviti hidup sihat dalam kalangan komuniti Tulid.


Dari senaman aerobik percuma, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah kesihatan, sehinggalah kempen derma darah yang menggalakkan penglibatan masyarakat untuk memberi dan menjaga sesama insan.


“Saya sendiri telah meminta program derma darah di Kawasan Tulid ini agar Masyarakat tahu betapa penting menderma darah dalam masyarakat. Saya difahamkan stok darah di hospital tidak mencukupi.


“Jika kita terus menerus membantu menderma darah kita dapat membantu pihak hospital mempunyai stok darah yang mencukupi bagi bersiap sedia menghadapi sebarang kecemasan yang memerlukan banyak darah dalam masa yang singkat.


“Selain itu menderma darah juga banyak kelebihan lain. Derma darah juga memberi manfaat kepada penderma dari segi kesihatan. Derma darah secara berkala juga dapat membantu mengekalkan kesihatan jantung dan meningkatkan pengeluaran sel darah baru,” katanya.

FLOVIA (duduk tengah) bersama sebahagian ketua jabatan dan pengerusi NGO


Beliau berterima kasih kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Unit Tabung Darah Hospital Keningau kerana menyahut permintaan beliau membawakan program derma darah ini yang julung kalinya diadakan di Pinipi, Tulid.


“Saya amat gembira dengan sambutan dari jabatan dan agensi kerajaan lain yang dapat bersama menyertai pameran di majlis ini.


“Saya berharap Masyarakat N44 Tulid ini dapat mengambil kesempatan mendapatkan maklumat-maklumat berguna daripada pameran-pameran di majlis ini,” kata beliau.


Tambahnya lagi, maklumat pameran ini amat berguna kepada pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan ini agar dapat mengetahui perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan dan agensi kerajaan ini dan menyalurkan kepada Masyarakat kampung.


Selain itu, ujar Flovia, di majlis ini juga terdapat juga Jualan Rahmah, Jualan Perladang dan Pertanian serta dan ceramah perkongsian maklumat oleh pelbagai agensi Kerajaan dan NGO untuk memperkasakan pengetahuan komuniti.


“Semua aktiviti ini tentunya amat bermanfaat kepada komuniti setempat. Semoga usaha murni ini membawa kebaikan kepada kita semua.

Semoga kita terus Maju Jaya dalam setiap yang kita usahakan untuk kesejahteraan rakyat Bersama,” jelas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN