ADVERTISEMENTspot_img

Flovia Ng sumbang laptop, dorong kecemerlangan pelajar Tulid

TERIMA KASIH…..Para penerima sumbangan laptop menunjukan tanda bagus bersama Datuk Flovia (temgah) selepas masing-masing menerima sumbangan laptop


SOOK (Tulid): Lapan pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid menerima sumbangan komputer riba bagi membantu mereka mengikuti pembelajaran dalam era digital masa kini.

Penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Flovia Ng, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.44 Tulid, dalam satu majlis ringkas di Pejabat StarSabah DUN Tulid, hari ini.

Sebanyak lapan unit komputer riba disumbangkan kepada pelajar terpilih dari beberapa kampung sekitar Tulid, antaranya Kg. Panagatan Ulu, Kg. Nandagan, Kg. Mempisas, Kg. Kabatang Baru dan Kg. Sinaron.

Datuk Flovia berkata, sumbangan itu adalah sebahagian usaha untuk memastikan pelajar di kawasan luar bandar tidak ketinggalan dalam dunia pendidikan yang semakin berteraskan teknologi.

“Pelaburan dalam pendidikan adalah asas kepada pembentukan generasi muda yang berkualiti dan berdaya saing

“Saya berharap agar para pelajar memanfaatkan kemudahan ini sebaik-baiknya demi kejayaan masa depan mereka,” katanya kepada Borneo Daily Bulletin.

Beliau turut menegaskan bahawa sumbangan tersebut adalah manifestasi keprihatinan kepimpinan DUN Tulid dalam memperkasakan pendidikan di kawasan itu.

Antara penerima sumbangan ialah Ivy Avianie (Kg. Panagatan Ulu), Arlyenesia Musah (Kg. Nandagan), Daniel Chow Jing Wu (Kg. Mempisas), Chelsy Minjon Umpit (Kg. Panagatan Ulu), Alexter Justin (Kg. Nandagan), Christylen Martin (Kg. Kabatang Baru), Jennysia Johnny (Kg. Sinaron) dan Awell Alfred Roddy (Kg. Sinaron).

Datuk Flovia turut menitipkan pesanan kepada pelajar agar menjadikan komputer riba yang diterima sebagai pemangkin untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan menambah ilmu pengetahuan.

“Gunakanlah kemudahan ini dengan sebaik-baiknya, insya-Allah kejayaan akan menjadi milik anda,” tambah beliau.

Menurutnya lagi, program itu mencerminkan usaha berterusan kepimpinan DUN Tulid dalam menyediakan akses pendidikan yang lebih baik kepada pelajar luar bandar, sekali gus menjadi pembakar semangat kepada generasi muda untuk terus mengejar impian mereka.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN