35 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Firma Kewangan dari China berminat melabur di Labuan- Dr Zaliha

Dr.Zaliha menyampaikan Insentif kepada jurulatih Boling Padang Para SUKMA pada majlis itu.

LABUAN: Beberapa firma kewangan daripada negara China  menunjukkan minat untuk membuat pelaburan di Labuan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa berkata, lawatan beliau ke tiga bandar utama di China baru baru ini telah menampakan hasil yang positif khususnya berkaitan Labuan apabila beberapa firma kewangan berminat untuk membuat pelaburan berasaskan kewangan dan juga pembangunan.

“Justeru itu kita akan menjemput mereka datang ke Labuan untuk melihat sendiri…apakah potensi potensi yang boleh diterokai di Labuan”,katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Penyampaian Insentif Atlet Para SUKMA yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pada Ahad.

Zaliha berkata, bagi membantu pertubuhan Labuan kearah yang lebih mampan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggariskan Labuan sebagai kawasan  keutamaan negara dalam menangani kemudahan asas dan keselamatan.

“Selain itu Kementerian Kewangan komited menyediakan dana secara langsung atau menerusi pelbagai Kementerian bagi menyokong pembangunan sosio ekonomi Labuan”, katanya.

Menyentuh mengenai peruntukan RM22 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk menaik taraf jeti dan terminal feri seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa lawatan ke Labuan pada pengunjung bulan Mei lalu, Zaliha menjelaskan perkara itu sedang berjalan dan pihak JKR juga telah mengesahkan  mengenai peruntukan itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN