ADVERTISEMENTspot_img

Feri Express Kinabalu-Labuan dapat sambutan -Dr Zaliha

Dr. Zaliha menyampaikan cenderahati kepada penumpang yang baru tiba dari Kota Kinabalu.

LABUAN: Sejak dilancarkan pada penghujung Mei lepas, perkhidmatan Feri Expresd Kinabalu yang melibatkan perjalanan antara Kota Kinabalu dan Labuan telah merekodkan 38 pelayaran dengan hampir 3,800 penumpang setakat ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr. Zaliha berkata, sambutan yang menggalakkan itu membuktikan perkhidmatan feri laju itu menjadi salah satu lagi alternatif pengangkutan pilihan penumpang bagi kedua dua wilayah Labuan dan Sabah.

” Kejayaan ini adalah hasil komitmen Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan negeri Sabah.

” Kiia harap dengan adanya perkhidmatan ini ia bukan sahaja dapat meningkatkan kehadiran pengunjung tetapi juga membantu rakyat yang mahu berulang-alik daripada Kota Kinbalu ke Labuan atau sebaliknya dalam keadaan yang mudah, selesa dan menjimatkan kos perjalanan” , katanya kepada pemberita selepas meninjau pengoperasian feri berkenaan di Terminal Feri Antarabangsa Labuan (TFAL), pada Ahad lepas.

Beliau berharap perkhidmatan feri sentiasa memastikan perkhidmatan dan pengoperasian berada dalam keadaan terbaik.

Pada majlis itu, Dr Zaliha yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Sukuran Mohd. Taib berpeluang menyantuni penumpang yang baru tiba dari Kota Kinabalu.

Datuk Seri Dr. Zaliha menambah, bersempena Sambutan Borneo Floria Festival BFF@Labuan yang akan berlangsung 26- 30 Julai ini, perkhidmatan feri laju akan beroperasi setiap hari bermula 25 Julai hingga 3 Ogos depan, sekali gus menggalakkan kedatangan pengunjung pada acara terbesar Borneo itu nanti.

Untuk rekod feri Express Kinabalu yang dikendalikan pengoperasiannya oleh syarikat Double Power dan LDA Holding boleh membawa 212 penumpang dengan 146 tempat duduk kelas ekonomi dan 66 tempat duduk kelas perniagaan.

Pembelian tiket boleh dilakukan secara atas talian labuanpay.my, atau di kaunter tiket Terminal Feri Antarabangsa Labuan dan Jesselton Point Kota Kinabalu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN