25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Erumanis menang teka cengkerang siput sempena Hari  Muzium Antarabangsa 2021

ERUMANIS menerima hadiah yang disampaikan oleh Rohana dan Mohd Fauzie

LABUAN: Jururawat Hospital Nukleus Labuan, Erumanis Abdul Hamid muncul pemenang teka cengkerang siput sempena Hari Muzium Antarabangsa 2021 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau menerima tiket penerbangan  domestik pergi balik    sumbangan MASwings dan sijil   yang disampaikan oleh Pengarah  Muzium Labuan, Cik Rohana Husin  pada Majlis Penyampaian Hadiah   Pertandingan Kuiz dan Teka Bilangan Cengkerang Siput yang diadakan di Muzium Labuan baru-baru ini.

Hadir sama,  Pegawai Kanan  Bahagian Tiket Syarikat Penerbangan MASwings, Mohd Fauzie Sirat.

PEMENANG…. Kuiz Sejarah dan Budaya,  dan teka cengkarang siput bersama Rohana dan Mohd Fauzie.

Sementara itu, Ken Charity Jackson, Sherly Suzie, Abdul Razak Abdul Samad dan  Siti Rozainah Ansin  masing masing memenangi pertandingan kuiz sejarah dan budaya.

Kesemua mereka juga menerima hadiah berupa tiket penerbangan domestik  pergi balik sumbangan MASwings.

Pertandingan anjuran Muzium Marin Labuan  yang diadakan secara atas talian itu telah disertai seramai 134 peserta melibatkan  120 peserta bagi pertandingan Teka Cengkerang Siput dan selebihnya pertandingan Kuiz Sejarah dan Budaya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN