Persembahan Pentomin Tragedi berdarah yang dilakonkan semula oleh anggota PDRM.
KOTA KINABALU: Tragedi berdarah yang mengorbankan 10 nyawa wira negara pada Mac 2013 yang lalu masih segar dalam ingatan rakyat.
Setelah hampir 11 tahun peristiwa berdarah itu berlalu, hari ini masyarakat yang hadir ke Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2024 dipertontonkan semula insiden terbabit menerusi persembahan khas bertajuk, “Epilog Tangisan Pahlawan di Bumi Sabah” di Dataran Kawad, Ibu pejabat Polis Kontinjen Sabah, pada Rabu.
Pentomin yang berdurasi selama 25 minit cukup menyentuh hati kira-kira 7,000 orang yang hadir dan ia dijayakan oleh gabungan pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Briged Sabah serta orang awam di bawah pimpinan Komander Briged Sabah, Datuk Abdul Rani Alias.
![](https://www.borneodailybulletin.com/wp-content/uploads/2024/07/IMG-20240731-WA0010-1024x682.jpg)
EMOSI… persembahan pentomin berjaya menyentuh emosi penonton.
Paling signifikan, tetamu kehormat ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin turut menyantuni dua
anggota Pasukan Gerakan Am yang terlibat dalam insiden tersebut serta waris dan ahli keluarga pahlawan yang terkorban dalam Op Daulat di Lahad Datu.
Beliau diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor serta Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Abdul Rani.
–Penerangan–