GOTONG ROYONG…Hj Mardan bersama pengerusi- pengerusi JPKK,PMBS dan penduduk kampung merakam kenangan selepas gotong royong itu- KA
KUALA PENYU: Ahli Jawatankuasa Masjid Nurhidayah Kg.Palu-Palu dengan kerjasama JPKK,KRT, dan PMBS Kg.Palu-Palu berjaya melaksanakan kerja bergotong royong membersihkan kawasan dalam dan luaran Masjid Nurhidayah Kg.Palu-Palu dekat sini Ahad lalu.
Aktiviti kerja amal untuk membersihkan untuk mencerikan kawasan masjid itu diketuai oleh Pengerusi Masjid Nurhidayah Kg.Palu-Palu,Haji Mardan Dahlan serta Ahli jawatankuasa masjid.
Turut bersama Pengerusi KRT, Setiausaha PMBS dan juga Para penduduk Kg.yang ada disekitar yang berdekatan.
Menurut Hj.Mardan aktiviti gotong royong membersihkan masjid merupakan aktiviti yang sering dilaksanakan sebelum menjelangnya Bulan Ramadan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.
Sehubungan itu beliau yang juga selaku Pengerusi Masjid merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada AJK masjid, Pengerusi KRT/JPKK, PMBS yang telah hadir bagi menjayakan aktiviti kerja gotong royong ini.
Sementara itu Haji Mardan memberitahu, masyarakat kampung khususnya para penduduk yang tinggal di kampung yang berdekatan dijemput hadir ke Majlis Kenduri Sekampung yang akan diadakan di Masjid Nurhidayah Kg.Palu-Palu pada 12 Februari ini- KA



