Kerja membaiki empangan sawah padi Kampung Kamawanan sedang berjalan.
KENINGAU:Empangan pengairan sawah padi Kampung Kamawanan Bingkor yang rosak akibat banjir baru-baru ini mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK ) Kampung Kamawanan Puan Jamilah Bianus berkata, empangan yang rosak itu kini dalam kerja-kerja pembaikan.

Pengerusi JPKK Kampung Kamawanan Jamilah meninjau kerja pembaikan empangan itu.
“Penduduk kampung merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya atas tindakan pantasnya mengemukan kerosakan empangan sawah padi ke sawah Kampung Kamawanan kepada pihak yang berkenaan” katanya.
Penduduk kampung juga katanya, berterima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)bertindak cepat membaiki empangan itu
“Inilah yang kita mahu pemimpin dan jentera kerajaan yang sentiasa mengambil berat cepat bertindak mengatasi masalah rakyat” katanya.