ADVERTISEMENTspot_img

Jonathan Turun Padang Santuni Mangsa Kebakaran di Timbua

Jonathan (tengah) maenyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Timbua

RANAU: Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin turun padang menyantuni penduduk di kawasan Timbua sambil menyerahkan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran yang berlaku di sini baru-baru ini.


Program yang diadakan Sabtu lalu itu turut dijayakan bersama oleh Pegawai Daerah Ranau, Tinus Manggam dan juga disertai oleh para Pegawai dan kakitangan dari Pejabat Parlimen Ranau.


Rata-rata penduduk yang disantuni menzahirkan rasa syukur dan terima kasih mereka atas keprihatinan pemimpin yang memberikan sumbangan serta meluangkan masa bersama mereka dalam acara itu.


Salah seorang penduduk, Walimin Suruk berterima kepada YB Datuk Jonathan kerana turun padang melawat mangsa kebakaran di Mukim Timbua.


“Bukan sahaja YBJY turun padang berjumpa mangsa kebakaran tetapi memberikan sumbangan kewangan kepada setiap KIR yang terlibat bagi meringan sedikit bebanan mangsa.


“Tahniah Datuk JY. Ini lah pemimpin yang berjiwa rakyat yang sentiasa mengambil barat permasalahan rakyat,” katanya dalam komen Facebook pada pautan siaran mengenai program sumbangan itu.


Dalam kejadian pada hari Jumaat lepas, seorang lelaki melecur selepas terlibat dalam satu insiden kebakaran yang memusnahkan satu deret premis kedai di kawasan Timbua.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, PPgB Rantey Fred berkata, kejadian tersebut berlaku di Pekan Kecil Timbua pada kira-kira jam 6 petang.


“Kita menerima panggil kecemasan melalui talian NG999 lalu menggegaskan sekumpulan 6 anggora Bomba diketuai Komander Operasi PBK Mastin Suli ke lokasi itu.


“Setiba di tempat kejadian yang terletak 36 kilometer dari Balai Bomba Ranau, kita mendapati berlaku kebakaran melibatkan sederet (11lot) rumah kedai (kedai runcit dan restoran) dan dua buah kenderaan (sebuah terbakar hangus dan sebuah lagi hanya melibatkan kerosakan bahagian bumper) serta beberapa buah motosikal (dalam bengkel motor).


“Makluman dari pemilik-pemilik kedai, selain harta benda, dokumen peribadi mereka seperti kad pengenalan dan lain-lain dokumen juga turut musnah terbakar,” katanya.


Menurut Rantey, dalam kejadian tersebut seorang pemilik kedai berumur 36 tahun mengalami kecederaan ringan iaitu melecur tapak tangan dan telah dibawa ke Klinik Kesihatan Timbua oleh kakitangan klinik tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN