30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ELYSABETH CIPTA JARINGAN HATRIK KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 12 MSSD

Elysabeth..cipta hatrik pada perlawanan pembukaan kejohanan tersebut

RANAU: Penyerang lincah pasukan Zon Timur yang memakai jersi 7 mencipta sejarah dalam dua perlawanan pembukaan Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Peringkat Majils Sukan Sekolah Daerah (MSSD) yang berlangsung di Ranau Extreem Futsal di sini bermula hari ini.

Dalam perlawanan pertama menentang Pasukan SK. Pinausok, Elisabeth berjaya menjaringkan 4 gol di samping 3 gol lain yang dihasilkan oleh rakan-rakannya Ria (jersi 4), Felrlin (jersi 9), Debby (jersi 10). Pasukan Pinausok hanya mampu menjaringkan 1 gol menerusi Dania yang memakai jersi 10.

Dalam perlawanan kedua menentang SK. Langsat, Elisabeth sekali lagi mengulangi kelincahan sebagai penyerang berbisa pasukannya apabila berjaya menjaringkan sebanyak 6 gol sekaligus mencipta nama sebagai penjaring hatrik berganda untuk pasukannya pada hari pertama kejohanan. 1 lagi jaringan dilakukan oleh rakannya Debby (jersi 10) sekaligus menghasilkan jumlah jaringan 7 gol berbalas 0.

“Saya akan cuba memenangi anugerah individu selaku penjaring terbanyak sepanjang kejohanan” katanya kepada media.

Perlawanan-perlawanan lain kategori perempuan menyaksikan SK. Nalapak membenam SK. ST. Benedict dengan jaringan 10-2, Zon Tengah vs SK. Poring (6-0), Sk. Lohan B vs SK. Nukakatan (4-0), Ulu Sugut Monster seri (5-5) dengan SK. Kundasang, Zon Garas juga seri (3-3) dengan SK. Mirur dan Zon Tengah vs SK. Nalapak (4-2).

Dalam kategori lelaki, SK. Lohan A vs SK. Pekan Ranau (12-0), Zon Garas vs SK. Poring (4-1), SK. Perancangan vs SK. Pekan 2 (5-2), Zon Timur vs SK. Langsat (4-2) dan Zon Timur vs SK. Pinausok (3-1).

Sementara itu, Pengarah Kejohanan, Rosipin Latimin  (Penolong Kanan Kokurikulum SK. Kananapon), ketika ditemui media memberitahu, penyertaan pasukan di semua zon pada tahun ini amat menggalakkan. Lebih dari 30 pasukan telah menyertai pertandingan yang berlangsung selama dua hari ( 26 – 27 Julai ). Kejohanan tersebut dikelolakan oleh MSS Zon Timur bersama SK. Kananapon dan dijangka akan dirasmikan oleh wakil dari Pejabat Parlimen Ranau.

Ketika bersama media, Rosipin mengambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada para penyumbang yang bersama-sama menjayakan kejohanan tersebut seperti Datuk Jonathan Yasin, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Kong Soon Choi (Pengurus Sabindo Ranau), Pejabat Pendidikan Daerah Ranau,  Hilida Kalidin, Lydia Gubil dan Cikgu Eyes.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN