26.6 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 12, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Elak kesesakan, laluan alternatif KK-Pantai Timur Sabah diubah: JKR

OLEH : ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: laluan alternatif sementara dari Kota Kinabalu ke Pantai Timur Sabah dan  sebaliknya diubah semula untuk elak kesesakan dari kedua-dua arah.

Jurutera Daerah JKR Ranau, Mac Glen F. Lojuman berkata, perubahan itu dibuat apabila laluan alternatif sebelum ini sesak dan menimbulkan pelbagai kesulitan.


TINJAU… Jurutera Dareah, Mac Glen meninjau pergerakan kendeeaan di salah satu laluan alternatif semalam.

Katanya, perubahan semula itu telah dimaklumkan kepada pihak berkenaan termasuk Polis, selain dikongsi di laman sosial dan Aplikasi WhatsApp.

“laluan kenderaan dari Pantai Timur ke Kota Kinabalu akan melalui jalan alternatif di Kibbas – Mohimboyon – Dumpiring – Kundasang iaitu Jalan Sehala sahaja. ( Jikalau menghala ke Kundasang, Tamparuli, Tuaran, Telipok, Kudat, Kota Belud, dan Kota Kinabalu).

“Bagi laluan Kota Kinabalu ke Pantai Timur Sabah, akan melalui Jalan Kundasang – Dumpiring – Kinoundusan – Semuruh iaitu jalan sehala sahaja. ( Jikalau menghala ke Ranau, Telupid dan seterusnya menghala ke Sandakan).

“Manakala, bagi kenderaan berat seperti trailer, bas besar, lori ataupun kenderaan kecil menghala dari Kota Kinabalu-Pantai Timur ataupun Pantai Timur-Kota Kinabalu secara jalan terus boleh melalui Jalan Kota Kinabalu- Penampang – Tambunan – Ranau,” jelasnya.

LANCAR.. kenderaan bergerak lancar di salah satu laluan alternatif.

Menurutnya lagi, perubahan itu memberi ruang kepada pihak konsesi Globinaco Sdn.Bhd dan WKW Era Maju membuat kerja-kerja penyelenggaraan untuk keselesaan pengguna dari masa ke semasa sehingga lencongan sementara berhampiran  jalan utama yang terputus siap dan boleh dilalui.

Tambahnya, setakat jam10.30 malam pada Selasa, pergerakan kenderaan berjalan lancar dan terkawal berbanding sebelumnya.

BARU…Laluan alternatif selepas diubah

Dalam perkembangan sama, Mac Glen menjelaskan, kerja-kerja membina lencongan sementara sedang giat dijalankan di lokasi berlakunya tanah runtuh.

“Pemotongan bukit berteres sedang dijalankan untuk stabilkan keadaan cerun agar beratnya seimbang.

“Pembinaan temporary diversion untuk jalan tanah bentuk shape C sudah mencecah 85% siap.

“Pembinaan slope protection menggunakan sheet pile dan block stone akan dijalankan sebaik sahaja bahan itu sampai dari Kota Kinabalu ke tapak tanah runtuh,” jelas Mac Glen.-TAMAT-

LENCONGAN…. lakaran menunjukan lencongan sementara  sedang dijalankan pihak kontraktor.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN