27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dulu bersaing jual sayur, kini beralih jual bunga Ati-ati

Hamiah (kanan) dean kawannnya merakam gambar bersama penulis (kiri).

RANAU:  Kalau dulu para peniaga sayur segar tanah tinggi hanya bersaing dengan rezeki hasil jualan sayur tetapi kini, terpaksa bersaing dengan produk  buang-bungaan seperti bungan ‘Ati-Ati’ yang kini bagai cendawan tumbuh sekepas hujan  paling di minati ramai termasuk golongan wanita.

Tinjauan ke pekan  Kundasang kelmarin mendapati ramai pengunjung tempatan seluruh Sabah tertumpu ke pekan syurga sayur segar itu kini bertukar minat kepada anak pokok bunga hidup sedikit-sebanyak telah menjejaskan pelanggan sayur yang dipamer jual di gerai-gerai Kios pekan Kundasang.

Ramai peniaga sayur yang ditemui mengakui minat orang ramai telah  beralih pada bunga hidup sejak. pandemik Covid-19.

“Sekarang minat terutama kaum wanita telah bertukar lebih kepada bunga (Ati-Ati) ‘, jelas Hamiah Binti Haji Kilau 40, dari. Kg.Dumpiring Bawah, disokong  Hadinah Binti  Asli 47 dari Kg. dumpiring Atas.

Seorang lagi peniaga sayur segar tempatan,  Siti Hsnizah Binti Jaudeh 38 dari Desa Aman (Bawah), turut mengakui para peniaga sayur dan pokok bunga hidup terpaksa menyediakan dua asek berbeza sayur dan bunga  hidup untuk.memenuhi permintaan  pelangan.

Menurutnya, antara jenis bunga ‘Ati-Ati’ yang diminati ramai ialah,  Sayap Angsa, Bidadari,  Empat Puteri, Bunga Mata Buaya, Bidadari,  Maharaja, Lipan, Mercun (Api),  Zamrud, Gerhana, Puteri Naga, Nanas, Dewa-Dewi dan banyak lagi dengan harga RM5.00 mencecah  ratusan ringgit (sepokok).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN