25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dua pesilat Wanita Labuan harumkan nama Labuan dipentas Antarabangsa

Shazwana, Nur Nabila dan Mohd Khairul

LABUAN: Dua pesilat wanita Labuan yang berjaya membawa pulang pingat emas dan gangsa di Kejohanan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi Emaerah Arab Bersatu (UAE) baru baru ini, bukan sahaja mengharumkan negara Malaysia diperingkat Dunia tetapi juga menjadi Kebangsaan rakyat di pulau bebas cukai ini.

Presiden Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Khairul Ghani berkata, pada kejohanan itu, Siti Shazwana Ajak, 32, meraih pingat emas dalam acara Putri D (60-65kg), manakala Nur Nabila Hartono meraih pingat gangsa dalam acara Putri H.Katanya, pada kejohanan itu, Siti Shazwana meghadiahkan pingat emas untuk negara selepas menewaskan pesilat Thailand pada peringkat akhir.

Terdahulu sebelum itu Shazwana yang juga seorang pelajar PhD dalam bidàng pengurusan awam menewaskan pesilat Vietnam (peringkat suku akhir) dan pesilat dari Indonesia (separuh akhir).

Mohd Khairul berkata, kemenangan dua pesilat Wanita Labuan di peringkat dunia membuktikan Labuan sebuah pulau kecil mampu melahirkan atlet silat yang bersemangat tinggi untuk mencipta kemenangan dalam banyak kejohanan bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi juga menyerlah di peringkat Antarabangsa.

Jelasnya, PESAKA Labuan juga turut berbangga apabila pesilatnya Hamidah Mulok yang telah lama mengabadikan diri dalam dunia persilatan dipilih sebagai jurulatih Skuad Silat Remaja Kebangsaan yang atletnya turut mencipta pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Dalam perkembangan yang lain, Mohd Khairul menjelaskan pada tahun hadapan (2025), Labuan akan menjadi tuan rumah pemilihan atlet silat SUKMA Wilayah serta dipilih menjadi tuan rumah Silat Tanding Terbuka Borneo dan Jemputan serta tuan rumah Silat Pantai Labuan International Sea Challenge (LISC) 2025.

“PESAKA Labuan juga sedang bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Silat BIMP-EAGA 2026”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN