TAHNIAH…. Mohd Sofian dan Mohd Nyrezkhan yang terpilih mewakili pasukan bawah 21 Sabah
LABUAN: Dua pemain muda anak jati Labuan terpilih mewakili pasukan bawah 21 Sabah untuk mewakili negeri itu menyertai liga simpanan yang akan bermula pada Jun ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA), Sophian Said berkata, kedua dua pemain muda itu telah menandatangani kontrak bermula Mac sehingga Oktober 2021.
Sophian menjelaskan, kedua-dua pemain itu ialah Mohd Sofian Razali dari Kg. Bebuloh Laut dan Mohd Nurezkhan Isa Japar dari Kg. Sungai Lada.
“kedua-dua pemain ini telah menjalani sesi pemilihan yang dilakukan oleh pengurusan jurulatih negeri Sabah baru-baru ini yang telah ditanggung oleh LAFA sendiri” katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.
Sopian yang juga bekas pemain 23 tahun pasukan Sabah, menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang ditunjukan oleh kedua dua pemain ini sekaligus membuktikan Labuan mampu melahirkan pemain yang berkualiti.
“Selain itu, saya juga mengucapkan tahniah kepada jurulatih Ramlee Rashid, Azmi Omar, Cikgu Jetan dan Ramlan Selamat yang selama ini telah mendidik pemain pemain muda Labuan termasuk dua pemain yang terpilih mewakili bawah 21 Sabah” katanya.
Menurut Sophian, seorang lagi pemain bawah 19 tahun dari Labuan, Mohd Syahmi Idris turut menandatangi kontrak untuk mewakili pasukan bawah 19 Sabah, manakala dua lagi pemain akan hadir untuk menjalani sesi pemilihan pasukan Sabah yang akan bermula dalam waktu terdekat.
Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan yang juga Penaung Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA), Datuk Rozman Isli mengucapkan tahniah kepada Mohd Sofian Razali dan Mohd Nurezkhan Isa Japar yang telah berjaya menyertai pasukan bawah 21 Sabah.
“Saya harap kedua dua pemain muda ini dapat melonjakan lagi prestasi ke tahap yang lebih tinggi bagi memastikan mereka dapat bertahan dalam kolompok pemain yang sentiasa diberi perhatian dan disegani oleh pemain lain” katanya.