Roshadi Ladrus menerima sumbangan dari Zaki.
KENINGAU:Dua pelajar yang mendapat tawaran pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS)iaitu Khazlina binti Roshadi Ladrus Gampan dari Kampung Minansut Bingkor dan Shery Adiqah binti Saiful Kampung Bingkor Lama masing-masing menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Sumbangan disampaikan oleh Penyelia Kemajuan Masyarakat Unit Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor Zaki Zakaria mewakili Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya kepada kedua-dua ibu bapa pelajar tersebut iaitu Roshadi Ladrus Gampan, ayah Khazlina dan Saiful Idham Lassim ayah Shery Afigah.

Zaki (kanan)Robert menyampaikan sumbangan kepada Saiful.
Kedua-dua ibu bapa pelajar berkenaan mengucapkan terima kasih kepada Robert atas sumbangan Kewangan tersebut.
Roshadi Ladrus berkata, dengan adanya sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu persiapan anaknya ke Universiti.
Sementara itu Saiful Idham juga berkata, sumbangan itu sangat bermakna kepada keluarganya khususnya anaknya dalam menyediakan keperluannya.