ADVERTISEMENTspot_img

Dua pelajar Labuan yang raih pingat emas di MSSM terima sumbangan LCCC

Wong (Empat dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Skye Teo Ye Xiang sambil diperhatikan pegawai Jabatan Pendidikan yang hadir pada majlis tersebut.

LABUAN: Dua pelajar dari Sekolah Menengah di sini yang berjaya meraih pingat di Kejohanan Majlis Sekolah Sekolah Malsysia (MSSM) yang berlangsung baru baru ini menerima sumbangan Anugerah Pencapaian Atlet Terbaik 2026 daripada Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC), Datuk Wong Kii Yii.

Kedua dua pelajar yang meraih pingat emas di kejohanan itu ialah Nur Syifa Raisha Adnan Firdaus dalam acara olahraga dan Skye Teo Ye Xiang dalam acara renang.

Wong berkata, sumbangan tersebut sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan yang diperolehi dalam Kejohanan Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) 2026.

Beliau berharap sumbangan itu menjadi pemangkin kepada atlet untuk terus mempertingkat prestasi, selain memberi motivasi kepada lebih ramai pelajar menceburi bidang sukan.

“Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada kedua dua pelajar yang telah berkorban banyak masa untuk sukan demi Labuan”, tambahnya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Jabatan Pendidikan Labuan, Noraini Sabudin berkata pengiktirafan itu turut mencerminkan sokongan berterusan terhadap pembangunan bakat sukan sekolah, sekali gus melahirkan atlet Labuan yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

“Peranan komuniti adalah penting untuk memastikan kesinambungan usaha Kementerian Pendidikan dan juga komuniti, agensi dan syarikat swasta untuk membantu membangunkan kemenjadian murid-murid di peringkat negeri, kebangsaan atau mahupun di peringkat antarabangsa”, katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan anugerah pencapaian terbaik di Jabatan Pendidikan Labuan.

Pada majlis tu, kedua-dua pelajar berkenaan menerima sumbangan berupa wang tunai.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN