Robert menyampaikan sumbangan kepada Walter.
KENINGAU:Persatuan Pemalu Gong Kampung Ria dan Kelab Belia Bersatu Kampung Ria(KBBKR) masing-masing menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Persatuan Pemalu Gong menerima sumbangan kewangan untuk pembelian pakaian tradisional untuk Pemalu Gong yang diterima oleh Setiausaha Persatuan Pemalu Gong Kampung Ria Walter Aling.
Manakala Kelab Belia Bersatu menerima sumbangan jersi dan bola yang diterima oleh Deyverina Extacia Binti Venantius selaku Pengerusi Kelab.

Robert menyampaikan sumbangan jersi dan bola kepada Deyverina Extacia.
Majlis penyerahan itu diadakan di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM)Bingkor.
Selepas menerima sumbangan itu, Walter menyampaikan ucapan terima kasih kepada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya yang prihatin kepada rakyat.
Turut berterima kasih Pengerusi Kelab Deyverina Extacia Binti Venantius.

Kelihatan dalam gambar Robert (dua dari kiri)menyampaikan.sumbangan kepada Yuszaimi.
Robert turut menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal, fakir miskin, anak yatim dan OKU Balai Bomba dan Penyelamat Keningau.
Sumbangan itu diterima oleh Ketua Zon Keningau, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Yuszaimi Hairrul Azwan Bin Juatan.