25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Dua lelaki guna laluan tidak sah memakan diri

DITAHAN…. dua lelaki yang cuba memasuki Labuan tanpa mengunkan laluan yang dibenarkan di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.


LABUAN: Dua orang lelaki masing-masing seorang warga tempatan dan seorang lagi bukan warganegara yang cuba memasuki Labuan dari Menumbok mengunakan laluan yang tidak sah memakan diri apabila ditahan polis pada petang Rabu.


Dalam kejadian kira-kita 4.15 petang itu, dua orang lelaki yang menaiki bot dari Menumbok telah mendarat di kawasan pintu masuk yang tidak sah di pantai Tanjung Batu dipercayai bagi mengelak pemeriksaan kesihatan yang sedang dijalankan di pintu masuk yang sah.
Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan,

Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, kedua-dua lelaki yang berumur 20an dan 30an ditahan mengikut kes ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).


Beliau berkata, tindakan kedua-dua lelaki berkenaan yang memasuki Labuan mengunakan laluan yang tidak sah merupakan tindakan cuai. Ini kerana pantai Tanjung Batu bukan tempat pendaratan yang sah.


“Tindakan kedua-dua lelaki berkenaan merupakan tindakan cuai dan tangkapan telah dilakukan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.


Farid berkata, kes telah disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan penyakit yang berbahaya.


Manakala bagi lelaki warga asing yang tidak mempuyai sebarang dokumen pengenalan diri ditahan mengikut Seksyen 6(1) (C) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa dokumen dan pengenalan diri yang sah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN