LABUAN: Dua lelaki tempatan mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen di sini atas pertuduhan menyeleweng minyak diesel bersubsidi, pada Selasa lalu.
Menurut Pengarah KPDN dan Kos Sara Hidup Wilayah Persekutuan Labuan Junaidah Arbain, tertuduh Tan Beng Chuan, 52, dan Loh Kah Lin, 41, masing masing dijatuhi hukuman denda sebanyak RM15, 000 atau dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda oleh Hakim Dr. Malisa Chia Fui Fong.
Beliau berkata Tan telah ditahan dalam satu Ops Tiris 3.0 pada 8 September 2024 di sebuah stesyen minyak. Hasil pemeriksaan mendapati sebuah tangkii besi tambahan pada kenderaan pacuan empat roda miliknya telah diisi 500 liter minyak diesel bersubsidi dengan nilai sitaan keseluruhan dianggarkan RM 16,079,00.
Manakala Loh katanya ditahan oleh Sepasukan pemeriksaan KPDN ketika mengisi lebih kurang 400 liter minyak diesel bersubsidi kedalam sebuah tangki besi tambahan pada sebuah lori tanpa permit.
Junaidah berkata kedua dua tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Subperaturan 3 (1) Peraturan Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).



