33 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dua individu hadapi komplikasi semasa daki Gunung Kinabalu


RANAU: Dua pendaki terpaksa diselamatkan pada Rabu selepas mereka mengalami komplikasi semasa mendaki Gunung Kinabalu dalam dua kejadian berasingan di sini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, PPgB Ridwan bin Mohd Taib berkata, kejadian pertama membabitkan seorang lelaki yang mengalami Demam Tegar akibat Hipotermia.


“Mosar menerima panggilan kecemasan pada jam 11.30 pagi bahawa seorang pendaki dilaporkan mengalami Demam Melampau di Laban Rata.


“Pasukan PBB Mosar bersama anggota Taman Sabah dan Malim Gunung melakukan pemeriksaan dan menurunkan mangsa menggunakan pengusung Robinson.


“Mangsa kemudian dihantar ke hospital menggunakan mesin EMRS untuk rawatan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.50 petang,” katanya.


Sementara itu, Ridwan berkata, kejadian kedua melibatkan seorang wanita tempatan, 46 yang mengalami kemalangan di kilometer 4.5, Gunung Kinabalu.
“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 12.57 tengah hari menerusi Talian Balai memaklumkan seorang pendaki dilaporkan cedera di pergelangan tangan ketika mendaki gunung itu.


“Pasukan Mosar bersama anggota Taman Sabah dan Malim Gunung melakukan pemeriksaan dan membawa turun mangsa menggunakan pengusung Robinson.


“Mangsa kemudian dihantar ke hospital dengan kenderaan Taman Sabah untuk rawatan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.53 petang,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN