32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Dua buah rumah termasuk kereta dan motosikal musnah terbakar

Gambar: MUSNAH sebuah kereta bersama sebuah daripada dua buah rumah yang musnah dalam kebakaran tersebut.

LABUAN: Dua buah rumah termasuk sebuah kereta jenis MyVi  dan sebuah motosikal musnah dalam satu kebakaran di Taman Su Jin Kampung Sungai Bangat, pada petang Isnin.

Turut terbakar dalam kejadian kira-kira 6.45 petang itu sebuah setor, manakala sebuah rumah lagi 20 peratus mengalami kerosakan akibat daripada kebakaran tersebut.

Sementara itu, JBPM Labuan dalam satu kenyataan berkata, seramai 34 anggota dari Balai Bomba  Sentral dan Balai Bomba Layangan  bersama dua buah jentara telah dikejarkan  ketempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan dari orang awam kira kira jam 6.51petang.

Menurut kenyataan itu, dua buah rumah  yang musnah 100 peratus termasuk sebuah yang  20 peratus rosak terbakar merupakan rumah jenis tidak kekal.

Manakala kesemua penghuni yang melibatkan 13 orang dewasa serta dua kanak-kanak terselamat daripada sebarang kecederaan.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira kira jam 7.33 petang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN