30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Dr. Zaliha serah peruntukan RM520,000 untuk keperluan  komuniti Labuan

PERUNTUKAN KHAS….Dr Zaliha menyerahkan peruntukan khas bernilai RM200,000 kepada Rithuan bagi kerja-kerja membina banteng hakisan di Kampung Tanjung Aru Nelayan.

LABUAN: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa menyalurkan peruntukan sebanyak RM520,000 kepada komunti Labuan.

Peruntukan itu disalurkan oleh beliau menerusi  Lawatan Kerja Rasmi  dua hari ke Labuan bermula Sabtu  dan Program Hari Wilayah Persekutuan 2024 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Daripada jumlah itu sebanyak RM270,000 disalurkan kepada Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan kampung (JPKK)  bagi tujuan tadbir urus yang melibatkan 27 buah kampung di pulau ini.

Manakala RM200,00 lagi  merupakan bantuan khas  bagi menagani masalah hakisan pantai di Tapak Lestari Niaga Kampung Tanjung Aru Nelayan.

PERUNTUKAN TADBIR URUS….Dr Zaliha menyerahkan secara simbolik peruntukan keseluruhan berjumlah  RM270,000 kepada 27 Pengerusi JPKK.

Peruntukan itu  adalah   untuk kerja kerja membina benteng bagi mengelakan hakisan pantai yang sering berlaku di kawasan tersebut. 

Selain itu, beliau juga menyalurkan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi Program Kebun Kita@Wilayah Persekutuan untuk pembinaan peralatan yang diperlukan oleh Ahli Jawatakuasa Masjid Kampung Layang-Layangan  yang mengendalikan projek berkenaan.

Beliau berkata, peruntukan yang disalurkan melalui Jabatan Wilayah Persekutuan itu (JWP) bertujuan untuk membantu  dan menjana ekonomi  Wilayah Persekutuan Labuan.

Terdahulu sebelum itu, beliau juga menyantuni  keluarga Allahyarham Gillian yang terkorban ketika menyelamatkan 7 orang penghuni dari sebuah keluarga dalam kejadian kebakaran rumah yang berlaku  di Taman Merinding Garden baru baru ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Indera Noridah Abdul Rahim, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman,  Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail dan Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN