GAMBAR – Lectus (tengah)mewakili Jeffrey merakam gambar bersama pertugas barisan hadapan selepas menyampaikan sumbangan.
Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU:Ketua Pejabat Pusat Khidmat Rakyat P.180 Keningau Lectus Fung mewakili Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian Dan Perikanan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan menyerahkan sumbangan berupa peralatan-peralatan elektronik untuk kegunaan Kakitangan Medical Base PKPD Kampung Baru Durok.
Peralatan elektronik yang telah disumbangkan oleh Ahli Parlimen Keningau dan ADUN Tambunan itu adalah Penghawa Dingin mudah alih, Kipas mudah alih dan cerek elektrik.
Selain itu kerusi plastik, meja mudah alih dan kerusi rehat juga telah disumbangkan oleh Jeffrey.
Sumbangan tersebut diterima Pegawai Kesihatan Keningau Dr. Mohamad Raizam Norhalim.
Lectus berkata, sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keperluan kakitangan barisan hadapan yang bertugas siang dan malam sepanjang PKPD di kampung berkenaan.
“Semoga ia dapat memberikan sedikit keselesaan kepada mereka semasa menjalankan tugas” katanya.