Jeffrey (empat dari kiri) bersama Robert (tiga dari kiri) bersama rombongan meninjau hakisan jalan.
Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU:Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin mengadakan lawatan kerja di tiga buah kampung di kawasan Bingkor kelmarin.
Jefftey yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan dan Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya turun padang bagi mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh tiga kampung berkenaan iaitu Kampung Ranggom, Gasabon dan Riting di Mukim Apin-Apin.
Di Kampung Ranggom, mereka Apin-mekawat Jambatan yang menghubungkan Kg Ranggom – Kirokot – Lambanga yang rosak akibat hakisan banjir, melawat limpahan sungai, perparitan dan masalah limpahan air di kawasan sawah padi di kampung itu.

Jeffrey dan rombongan meninjau hakisan tebing sungai Pegalan di Kampung Gasabon.
Sementara itu di Kampung Gasabon, mereka meninjau hakisan Sungai Pegalan melibatkan sawah padi dan hakisan jalan raya.
Manakala di Kampung Riting, mereka meninjau masalah saliran Sungai Matanoi.
Turut sama dalam lawatan itu, Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson, Sarinus Laim dari Jabatan Kerja Raya dan Jurutera Jabatan Pengairan Dan Saliran Ir Dachord Moujin.