Gambar:SUHAILI (duduk empat dari kanan) bersama jawatankuasa DPMM sesi 2023-2026. Turut kelihatan Amir (duduk lima dari kanan) dan Norizan (duduk tiga dari kiri)
LABUAN: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Wilayah Persekutuan Labuan akan terus menjalin kerjasama yang lebih erat dengan DPMM pusat untuk mencapai hala tuju dalam memperkembangkan aliran perniagaan domestik dan serantau.
Demikian dijelaskan oleh Yang Di Pertua DPMM Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman pada Mesyuarat Agung Luar Biasa DPMM Wilayah Persekutuan Labuan sesi 2023-2026 di salah sebuah hotel di sini, pada Ahad.
Pada mesyuarat tersebut beliau yang juga Ahli Parlimen Labuan menang tanpa bertanding sekaligus mengekalkan jaawatan yang disandangnya sebelum ini.
Turut menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Yang Di Pertua ialah mantan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Supply Base (ASB), Datuk Harris Anuar Tan dan Naib Yang Di Pertua, Mohammad Norizam Mohd Don.
Selain itu DPMM Labuan juga katanya, akan terus meninjau peluang peluang perniagaan yang dapat memberi manfaat kepada ahli-ahli DPMM Labuan untuk membesarkan dan mengembangkan lagi keusahawanan mereka di peringkat global.
Hadir sama pada mesyuarat itu, Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayus Malaysia, Amir Hamzah dan Naib Yang Di Pertua DPMM Johor, Norizan Mohd Johar.



