LABUAN: Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Wilayah Persekutuan Labuan memohon agar kerajaan memperhalusi semula kajian keatas pelaksanaan kenaikan gaji minimum sebelum ianya dikuatkuasakan.
Pengerusi DPIM Labuan, Datuk Dr Ramli (gambar) dalam mesyuarat yang diadakan baru-baru ini telah menyarankan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan sekiranya gaji minimum perlu dinaikkan.
“Situasi pandemik COVID 19 yang menyaksikan sektor perniagaan terutamanya Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang baru mula naik dibenarkan beroperasi tidak memungkinkan pelaksanaan kenaikan gaji minimum dapat dikuatkuasakan.
“Satu tempoh masa yang bersesuaian perlu diberikan kepada sektor ini, sebarang penguatkuasaan kenaikan gaji minimum sebelum kestabilan tercapai boleh mengancam pengusaha dan perniaga ‘tutup kedai’ kerana tidak mampu menanggung upah berikutan kenaikkan gaji minimum yang dicadangkan kerajaan” katanya dalam satu kenyataan media di sini, kelmarin.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim mengenai kajian tentang gaji minimum yang sedang dijalankan oleh Jawatakuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara”
Jelas Dr Ramli, DPIM Labuan berpendapat beberapa perkara berkaitan kajian tersebut perlu diperhalusi sebelum kenaikkan gaji minimum dikuatkuasakan.
Dalam pada itu, DPIM Labuan juga katanya, mencadangkan supaya kenaikkan gaji minimum dikalsifikasikan mengikut kategori sektor perniagaan seperti sektor industri minyak dan gas yang mampu melaksanakan gaji minimum yang lebih tinggi berdasarkan kepada hasil perolehan yang tinggi berbanding dengan pengusaha IKS.
“Gaji minimum juga perlu diklasifikasi dengan mengambil kira faktor geografi. Pekerja-pekerja di bandar-bandar besar sudah tentu memerlukan gaji minimum yang lebih tinggi untuk menampung kelangsungan hidup disebabkan oleh taraf kehidupan yang tinggi berbanding dengan kawasan luar bandar di mana taraf kehidupan adalah lebih rendah” katanya.
Selain itu, DPIM Labuan juga menyarankan kepada kerajaan supaya melibatkan pihak berkepetingan (Syakeholders) dalam mengubal dasar atau peraturan baru bukan sahaja berkaitan gaiji minimum tetapi juga dalam perkara yang lain.
“DPIM Labuan mengalu-alukan usaha kerajaan untuk membangunkan borang kajiselidik dan analisis data yang merangkumi persatuan majikan, persatuan sekerja dan NGO. DPIM Labuan berpendapat bahawa suara dari setiap pihak berkepentingan perlu diambil kira untuk mendapatkan keputusan yang adil kepada semua pihak” katanya.