26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Dominic Ng dari Singapura juara Pertandingan  Jemputan   9 Ball Labuan 2023

Dominic menerima hadiah daripada Vincent ( dua dari kiri)

LABUAN: Peserta dari Singapura, Dominic Ng Chi Hoe menjuarai Pertandingan Jemputan 9 Ball Labuan 2023    selepas menewaskan  pemenang pingat perak Malaysia di   Sukan SEA Kemboja,  Muhammad Almie dengan kiraan 11- 9 pada  peringkat akhir pertandingan tersebut.

Dengan kemenangan itu Dominic menerima hadiah wang tunai RM 5,000 berserta trofi.

Manakala Muhammad Almie yang  terpaksa berpuas hati untuk bergelar naib juara menerima hadiah wang tunai RM2,000.

Di peringkat separuh akhir, Dominic Ng menewaskan David Thiam Hua, manakala Muhammad Almie menewaskan  pemain dari Brunei, Ahmad Taufiq.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengurus David Pool Ball Labuan, Vincent Lim.

Pertandingan yang disertai 64 peserta dari dalam dan luar negara telah diadakan   di premis David Pool  Ball Labuan anjuran bersama David Pool  Labuan,  Aquesta Travel & Tours dan Utama Venture Sdn. Bhd.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN