30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dollah, Amri puji aksi Paskalis jaring hattrik benam Cikedis Selangor

AARON (kanan) bersalaman dengan Rusdi, anak kepada Dato Dollah Salleh sebelum perlawanan sambil diperhati oleh Chung.

KUALA LUMPUR: Jaringan hattrick pemain sensasi PSC Kuala Lumpur, Paskalis Meman memusnahkan harapan Kelab Cikedis FC dari Selangor yang berkesudahan dengan kemenangan besar 6-2 di padang Kuala Lumpur di sini.

Jaringan pada minit ke-25,38 dan 75 oleh Paskalis membolehkan PSC Kuala Lumpur menang besar dalam perlawanan sulung oleh kelab berasal dari Papar untuk tahun ini.

Dua lagi gol dijaringkan bekas pemain kebangsaan, Selangor dan Sabah, Amri Yahyah pada minit ke-82 dan 88. Satu lagi jaringan dilakukan oleh jurulatih sementara PSC, Ayah Cikton pada masa kecederaan 92.

Cikton diberikan tanggungjawab oleh jurulatih sebenar PSC Kuala Lumpur, Dato Dollah Salleh yg hanya sempat bertemu dengan Pengurus PSC, SS Chung kerana dipanggil oleh Pegawai Istana.

AYAH Cikton (berbaju kuning) membantu Dollah dalam perlawan itu.

Bagaimanapun Dullah yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM) memberikan kepercayaan kepada Ayah Cikton, pelakon terkenal Dato Aaron Aziz dan Amri untuk membimbing skuad PSC.

Dullah sebelum beredar dari padang permainan memberikan peluang kepada Aaron Aziz untuk beraksi selama 35 minit, Adrian Edy sepenuh masa, abangnya Along 65 minit, Kalis 80 minit,Hazizi Wahid 75 minit.

Dollah juga menurunkan Salleh Yakob dari Kinarut selama 77 minit dan Deto, bekas Ketuai Pegawai Eksekutif ( CEO) KL Rover selama 50 minit.

Chung berterima kasih kepada Dollah dan Aaron meskipun sibuk dengan tugas masing-masing masih dapat memberikan komitmen terhadap skuad PSC Kuala Lumpur.

” Dollah telah datang lebih awal untuk memberikan sedikit tips kepada pemain tetapi selepas 15 minit berada di padang beliau telah menerima panggilan dari pegawai Istana sebelum beredar,” kata Chung.

JERSI BAHARU PSC KL… Pemain dan Pegawai PSC menunjukkan jersi baharu PSC.

Sementara itu Aaron biar pun sibuk dengan penggambaran tapi masih mempunyai masa untuk beraksi,kita berterima kasih dengan pelakon ‘ Gengster Kuala Lumpur ini, kata Chung.

Dalam pada itu Dollah dan Amri memuji persembahan yang dipamerkan oleh Paskalis, pemain yang berasal dari negara jiran ini.

” Paskalis bermain dengan baik dan kemas dan serasi dengan Amri untuk kedua mereka menjaringkan lima gol kesemuanya,” kata Dollah ketika dihubungi selepas perlawanan itu.

Beliau berharap Paskalis akan dapat mempamerkan aksi yang lebih mantap lagi dalam perlawanan seterusnya pada April akan datang.

Dollah juga berterima kasih kepada Ayah Cikton dan Deto kerana sudah untuk beraksi dalam perlawanan ini.

Chung turut berterima kasih kepada Ali Car Wash Kuala Lumpur kerana menaja PSC untuk keperluan perlawanan ini termasuk penginapan,pengangkutan dan makan minum.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN