25.5 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dewan Perbadanan Labuan dijadikan Hospital Medan

GAMBAR:  Dr Ismuni Bohari.

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Dewan serbaguna Perbadanan Labuan yang sebelum ini digunakan sebagai Pusat Rawatan dan kuarantin  (PKRC) berisiko rendah akan dijadikan Hospital  Medan berikutan kes jangkitan pendamik COVID 19 yang meningkat mendadak sejak tiga mingu lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan, Dr Ismuni Bohari berkata, pembukaan hospital Medan di Dewan Serbaguna Perbadanan itu amat bersesuaian kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Hospital Labuan.

Beliau berkata Hospital Medan  yang akan dibangunkan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia itu akan dilengkapi 100 katil  serta empat katil unit  rawatan rapi (ICU) untuk menempatkan pesakit COVID 19  kategori tiga dan empat yang memerlukan bantuan pernafasan.

“Bermula pada hari Selesa kami  akan memulakan persiapan untuk mengubah suai dewan ini   dengan bantuan dan kerjasama anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)” katanya  kepada media selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Taman Perumahan   Mutiara Sungai Bedaun di sini, pada Ahad.

Hadir sama meninjau persiapan PPV Taman Mutiara itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan, Rithuan Ismail,  Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan, Mohd Hafiez Daud dan Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Ahmad Jawila.

Dr Ismuni berkata,  hospital medan berkenaan dijangka akan dapat beroperasi sepenuhnya pada 26 Julai depan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN