GAMBAR – Datuk Zaiton (kedua kiri) menyerahkan borang keahlian PBRS kepada Arthur, (kedua kanan) disaksikan Zainon, Ketua Wanita Pusat PBRS (kanan) dan Rayner Udong, Ketua Penerangan PBRS (kiri).
KENINGAU: Hari ini Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) telah menerima keahlian dari Datuk Hajah Zaiton OKK Anik.
Datuk Hajah Zaiton merupakan seorang veteran politik yang tidak asing khususnya di daerah Nabawan.
Beliau pernah berkhidmat sebagai guru, sebagai pemangku Pengetua dan dalam
sektor kerajaan dan pernah bertanding pilihanraya negeri atas tiket USNO.
Antara isu yang dekat di hati Datuk Zaiton adalah pembangunan pendidikan, ekonomi, wanita dan Bumiputra.
Datuk Hajah Zaiton memilih untuk menyertai PBRS kerana telah melihat dan menilai keikhlasan PBRS dalam membantu dan menyumbang kepada pembangunan kaum Bumiputra Sabah.
Datuk Hajah Zaiton telah melihat bahawa perjuangan PBRS adalah selaras dengan isu yang dekat di hatinya.
PBRS mengucapkan terima kasih kepada Datuk Hajah Zaiton kerana memilih parti PBRS sebagai platform untuk meneruskan perjuangan beliau untuk mencapai aspirasi kaum KDM di Nabawan dan di Sabah amnya. Borneo Daily Bulletin