31 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Dataran Labuan imej baharu bandar Labuan

1.TINJAU….Rithuan (kanan) ketika meninjau  komponen dan landskap Dataran Labuan.

LABUAN: Dataran Labuan yang dinaik taraf dengan kos RM2.3 juta  telah pun siap sepenuhnya dan mula  dibuka kepada warga Labuan dengan  menampilkan imej  baharu bandar Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail berkata,  pengindahan semula Dataran Labuan yang dilakukan sejak 2021 itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf penghiasan  lampu berwarna warni di sekitar Dataran Labuan termasuk di kawasan  monumen Chimney, menaik taraf  permukaan lantai dan juga landskap yang boleh disaksikan di sepanjang Dataran Labuan.

“Perbadanan Labuan juga akan menaik taraf semula astaka dan pancutan air yang akan dilaksanakan dalam waktu terdekat bagi mengindahkan lagi secara keseluruhan Dataran Labuan” katanya selepas meninjau Dataran Labuan, pada  Khamis.

MENARIK…  pencahayan lampu warna warni  di monument Chimney Dataran Labuan.

Ketika bercakap kepada media, Rithuan berharap warga Labuan dapat menghargaai dan memanfaatkan Dataran Labuan  sebagai lokasi untuk beriadah bersama keluarga terutamanya pada hujung minggu.

Dalam waktu yang sama beliau juga mengingatkan para pengunjung untuk sama sama menjaga keindahan  Dataran Labuan dengan mengenepikan sikap vandalisme  yang boleh mencacatkan keindahan  kawasan tersebut selain akan menimbulkan kesulitan kepada banyak pihak termasuk pengunjung sendiri.

Beliau yakin  Dataran Labuan yang kini telah berubah wajah bukan sahaja dimanfaatkan oleh pengunjung, tetapi juga akan menyaksikan  ramai  warga Labuan akan menjadikan Dataran Labuan sebagai lokasi yang menyegarkan khususnya umat Islam  yang akan menjadikan kawasan itu  sebagai salah satu tempat berbuka puasa bersama ahli keluarga  sepanjang bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

“Sehubungan itu pihak Perbadanan Labuan  telah menimbang untuk menyediakan kemudahan tambahan seperti surau dan juga tempat berwuduk yang akan diletakkan berhampiran dengan dataran Labuan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN