ADVERTISEMENTspot_img

Daniel Doughty di pilih Pengerusi Dewan Perniagaan Labuan (LCC) yang baharu

DANIEL (duduk tengah) bersama jawatakuasa eksekutif LCC bagi penggal 2022-2023

LABUAN: Mantan Ahli Lembaga Pengarah Pelabuhan Labuan (LPA), Daniel Doughty di pilih sebagai Pengerusi Dewan Perniagaan Labuan (LCC) bagi penggal 2022-2023.

Daniel  yang  mempunyai pengalaman luas dalam  syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan dan bukan kerajaan dipilih  dalam satu mesyuarat  agung  LCC yang diadakan baru-baru ini.

Sementara itu, ahli perniagaan terkenal, Tan Soon Kiat di pilih sebagai Timbalan Pengerusi, manakala jawatan Setiausaha di sandang oleh Raymond  Pang Onn Phin dan jawatan Bendahari disandang oleh Nicholas.

Jawatankuasa Eksekutif dianggotai  oleh Pearlita Koh, Teo Leong Kian, Wazlee Wrizzelian Ismail, Tan Boon Chang, Faizul Fazlan Zainuddin, Eng Lean Chye dan Tan Chiew Hing.

Terdahulu Daniel ketika dihubungi menjelaskan, LCC yang telah ditubuhkan sejak tahun 1977   bakal berwajah baharu dengan menampilkan logo baharu  disamping  merangka beberapa strategi dan pelan tindakan bagi membangunkan dan  menghidupkan semula aktiviti  LCC.

“Kami berharap dapat memberi nafas baharu kepada LCC serta dapat membina semula  dan merancakkan kembali ekonomi Labuan” katanya.

Selain itu, Daniel turut menegaskan LCC  yang diterajuinya  bersedia untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan, pemimpin tempatan dan komuniti setempat untuk  memacu dan merangsang ekonomi Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN