31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Daerah Ranau catat kerugian Jenayah Komersil mencecah RM1.6 juta pada tahun ini


RANAU: Statistik yang direkodkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Ranau pada sepanjang tahun 2024 di Daerah Ranau telah mencatatkan kerugian keseluruhan mencecah RM1.6 juta.


Statistik daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Ranau juga menunjukkan peningkatan kertas siasatan daripada tahun 2015 hingga 2024.


Justeru, jenayah penipuan komersil merupakan suatu masalah yang amat dibimbangi oleh semua pihak ketika ini.


Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah ini yang terus berlaku dengan melibatkan pelbagai pihak dan jumlah kerugian yang besar.


Dari nilai yang ditunjukkan statistik pekerjaan juga menunjukkan mangsa yang mengalami kerugian datang dari pelbagai jenis latar belakang malah ada yang mempunyai latar belakang akademik yang baik juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa penipuan.


Oleh itu Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Ranau menasihati agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan teknik-teknik yang sering digunakan oleh Scammer.


Pihak polis memberitahu bahawa apa yang masyarakat Ranau perlu buat apabila menerima sebarang panggilan yang meragukan ialah jangan layan sebarang panggilan telefon dari nombor atau pihak yang tidak dikenali.


Orang ramai juga dinasihatkan agar jangan takut atau cemas jika anda dihubungi dan dimaklumkan bahawa mereka terlibat dengan jenayah atau pengubahan wang haram, dadah dan sebagainya.


Masyarakat digalakkan agar memberitahu kenalan mereka tentang panggilan telefon yang diterima oleh pemanggil yang meragukan, dan jangan sesekali percaya pada ugutan Akta Rahsia Rasmi yang sering digunakan oleh scammer.


Orang awam juga diminta agar jangan pernah dedahkan maklumat perbankan atau kewangan mereka kepada mana-mana individu.
Semua pihak perlu sentiasa ingat bahawa penguatkuasa tidak menjalankan siasatan melalui telefon.


Mereka juga dinasihatkan agar semak dengan menggunakan SEMAKMULE-PDRM bagi sebarang transaksi bayaran yang tidak pasti, di samping merujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Ranau jika terlibat sebarang transaksi yang tidak pasti.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN