33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Daerah Nabawan bersedia untuk mencapai imuniti kelompok 80 peratus: Abdul Ghani

Ghani (kiri)bersama Dr. Nur Ain dan rombongan semasa meninjau PPV di Dewan Masyarakat Nabawan.

NABAWAN:Dalam usaha mencapai imuniti kelompok 80 peratus, Daerah Nabawan bersedia untuk mencapai ke arah itu dengan adanya pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Nabawan bermula pada Ahad ini (esok).

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Datuk Mohamed Yassin berkata, agensi kerajaan berkaitan akan bersedia membantu Pejabat Kesihatan Nabawan agar usaha untuk memastikan lebih 27,000 penduduk di daerah ini akan mendapat suntikan vaksin covid-19 dalam memutuskan rantaian jangkitan covid-19.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)berkata demikian kepada media selepas  meninjau persiapan PPV di Dewan Masyarakat Nabawan kelmarin.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Nabawan Doktor Nur Ain Adam berkata, bermula 11 Julai ini esok hingga 17 Julai sebanyak 1,340 dos pertama vaksin covid-19 akan diberikan dengan sasaran 300 dos sehari.

“Kita ada PPV yang lebih besar jadi kita punya sasaran satu hari dijangka akan meningkat” katanya.

Dr. Nur Ain memberitahu setakat ini, lebih 2,200 penduduk dalam daerah Nabawan telah lengkap menerima suntikan vaskin covid -19 dos pertama dan kedua sejak Mac lalu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN