RAMPASAN…Dadah jenis syabu yang dirampas daripada suspek seorang lelaki warga tempatan
DADAH DIRAMPAS, LELAKI TEMPATAN DITAHAN.
RANAU: Polis daerah ini menahan seorang lelaki tempatan dan merampas dadah jenis syabu bernilai RM6,961 dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) di sini pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Newton, ketika memberitahu media berkata, suspek yang menunggang motosikal ditahan kira-kira jam 8 malam dalam SJR di kilometer 3, Jalan Ranau – Tambunan dekat Kg.Pasir Putih.
Katanya, suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika cuba melalui sekatan polis telah ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau dengan bantuan petugas SJR.

Iklan: Baja Subur Sembur Organik https://www.facebook.com/111315447278695/posts/188302736246632/
“Hasil pemeriksaan yang dibuat, polis telah menjumpai sejumlah 69.61 gram dadah disyaki jenis syabu yang disembunyikan di dalam bakul motosikal suspek.
“Anggaran harga semasa dadah yang dirampas ialah RM6,961.00. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, sekiranya disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 15 kali sebatan,” katanya hari ini.
Menurut Sammy, tangkapan dan rampasan tersebut adalah yang kedua dalam bulan Febuari ini selepas kes yang sama di Kundasang pada 08 Febuari lalu.
Dalam pada itu, Sammy berkata, polis Ranau memandang serius berkenaan kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah dan akan mempergiatkan operasi bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang berkaitan dadah berlaku di daerah ini.
“Justeru itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjadikan dadah sebagai sumber pendapatan dan pengunaannya juga adalah dilarang.
“Sekiranya ditangkap tindakan tegas akan diambil ke atas mereka kerana polis tidak akan berkompromi dengan sesiapa saja yang tidak mematuhi undang-undang berkaitan dadah yang sedia ada,” tegasnya.
Sammy turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang telah tampil menyalurkan maklumat berkaitan dadah ini. Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kesalahan dadah boleh menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak IPD Ranau.



