22.9 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 20, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Cuti sekolah penuh makna bagi Keluarga Rondonon

Anggota keluarga Rondonon merakam gambar semasa melawat Taman Rekreasi Aki Atuh Kg.Tungou Ranau.

RANAU: Anggota keluarga khususnya anak-anak Rumah Rondonon  Kampung Paka Dua di sini, memanfaatkan masa cuti sekolah ketika ini dengan melawat  sambil belajar ke beberapa destinasi pelancongan di daerah Ranau.

Antara lokasi yang mereka lawati ialah, Taman Air Panas Poring, Pusat Tagal Luanti dan  Taman Rekreasi  Aki Atuh  Kg.Tungou terletak di Sungai Madsangoh kira-kira satu kilometer dari Kg.Tungou dan 21.5 kilometer dari pekan Ranau.

Anggota keluarga Rondonon terdiri  daripada berkeluarga dari Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Sandakan, Keningau, Semporna, Kota Kinabalu  dan Ranau  berkumpul  mengambil peluang bercuti  bersama anak-anak  mereka di rumah Rondonon terletak setengah kilometer dari pekan Ranau.

Wakil keluarga Hamdy Bin Jainudin bagi pihak rombongan memberitahu, lawatan mereka ke Taman Rekreasi Aki Atuh, memberi ruang dan peluang kepada anak-anak menikmati keindahan panorama sungai Madsangoh yang masih menyimpan ratusan spesis hidupan air sungai yang dikelilingi  hutan   masih menghijau.

“Kunjungan kami ke Taman Rekreasi  AKi Atuh yang masih kaya dengan hidupan air seperti spesis ikan air tawar memberi peluang kepada anak-anak kami memerhati  dengan mata kepala  mereka sendiri keindahan hutan semulajadi berbanding panorama yang terdapat di kawasan bandar.

“Keadaan itu boleh diaplikasikan dalam pembelajaran mereka di sekolah,” jelas Hamdy.

Taman Rekreasi Aki Atuh meskipun belum dibuka secara rasmi kepada orang ramai, namun bakal menjadi satu lagi  destinasi baru yang berpotensi menjadi pusat pelancongan yang menarik pada masa akan datang.

       
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN