ADVERTISEMENTspot_img

Crisnanalina terima sumbangan RM3,000 daripada James Ratib

Crisnanalina (tengah) menerima sumbangan RM3,000 daripada James Ratib, ADUN Sugut disampaikan oleh Justinus Jalang, Setiausaha Perhubungan Awam (SUPA), di rumah kediaman Crisnanalina. Hari ini.

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakan dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) merangkap ADUN Sugut, Datuk James Ratib menghulurkan sebanyak RM3,000 kepada remaja Crisnanalina Jumis, 20 dari Kg Dalamas, Paitan sebagai bantuan beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada hari Khamis.

James yang ditemui berkata, bantuan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Perhubungan Awam (SUPA) Menteri KPMKR dan ADUN Sugut, Justinus Bin Jalang, hari ini, Crisnanalina telah diterima masuk ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) selepas menamatkan Tingkatan 6 di SMK Pitas.

JAMES RATIB… Saya sentiasa membantu anak-anak Sugut, Paitan yang melanjutkan pelajaran, tanpa mengira fahaman politik.

“Saya selaku pemimpin di Sugut sentiasa membantu tanpa mengira fahaman politik. Apa yang penting ialah, maklumkan saya.

“Saya selaku wakil rakyat di Sugut, tiada halangan untuk membantu kepada mereka yang memerlukan bantuan. Masalahnya kalau tidak minta bantu hanya mungkin kerana perbezaan fahaman politik, macam mana saya tahu?” ujar beliau.

Difahamkan keluarga khususnya Crisnanalina tiada memaklumkan kepada pejabat ADUN atau Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN 48 Sugut atau wakil rakyat kawasan berhubung masalah yang dihadapi.

Menurut James lagi, perbezaan ideologi politik atau kekangan lain mungkin membuatkan mereka segan untuk memohon bantuan.

“Tetapi wakil rakyat Sugut tidak dimaklumkan sendiri oleh keluarga ini berkenaan masalah perbelanjaan dihadapi mereka untuk anak mereka yang sambung belajar.

“Sebagai wakil rakyat, saya sentiasa terbuka untuk membantu rakyat yang memerlukan termasuklah masalah bayaran hospital (pembiayaan bayaran bill pesakit dalam wad hospital) kepada rakyat, apatahlagi pendidikan anak-anak di kawasan ini.

“Itu sebabnya saya telah melancarkan Tabung Pendidikan Datuk James Ratib (TDJR), baru-baru ini untuk anak-anak Sugut bermula 2025, kerana saya mahu tiada anak-anak Sugut yang tercicir dalam pelajaran terutama melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti tidak kira IPTA atau IPTS,” jelas beliau.

James berkata, beliau sangat prihatin dengan pendidikan anak-anak Sugut, dan adalah mustahil beliau tidak membantu seadanya sekiranya mereka (ibu bapa pelajar) menghubunginya melalui telefon, surat permohonan atau datang berjumpa sendiri dengan beliau atau sekurang-kurangnya pegawai-pegawainya di kawasan Sugut.

Menurut James lagi, bermula tahun hadapan Tabung Pendidikan DJR Dun Sugut untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan, dengan harapan tiada lagi masalah seperti ini.

“Insyahallah, dengan adanya Tabung Pendidikan DJR bermula tahun depan, 2025, tiada lagi pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej atau universiti dari kawasan Sugut, akan tercicir atas sebab kewangan.

“Kerana tabung ini akan membiayai perbelanjaan awal terutama sekali yuran pendaftaran dan bayaran-bayaran awal. Tabung ini sekurang-kurangnya meringankan beban keluarga,” katanya.

Tambahnya, sebelum Tabung Pendidikan DJR bermula tahun depan, mana-mana pelajar anak jadi Sugut yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran, jangan segan atau berdiam diri untuk menghubungi beliau.

“Ini kerana saya selaku wakil rakyat Sugut sentiasa terbuka untuk membantu seadanya. Kalau saya tidak diberitahu atau dimaklumkan, sayapun tidak tahu apa masalah yang dihadapi.

“Saya hanya tahu perkara ini apabila sebuah akhbar tempatan kemarin melaporkan masalah isu pelajar dari kawasan saya yang mendaftar di UMS seperti yang tular di media sosial,” katanya.

Sementata itu, Crisnanalina menzahirkan ucapan terima kasih dan terharunya kepada Datuk James Ratib yang begitu prihatin dengan menyumbangkan RM3,000 kepadanya untuk meringankan kos perbelanjaannya sepanjang belajar di UMS.

Terdahulu tular kisah Crisnanalina yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke UMS tetapi menghadapi kekangan kewangan.

Walaupun menerima tawaran belajar di UMS, keluarganya tidak mampu membayar RM3,000 yang diperlukan untuk pendaftarannya, dengan tarikh akhir pada 14 Okt, serta perbelanjaan lain.

Dia cuba memohon bantuan kewangan sekali sahaja melalui laman web https://.sabah.gov.my, tetapi sambungan internet yang lemah di kampungnya menyukarkan proses permohonan itu.

Dia tidak berputus asa dan masih cuba mengemukakan permohonannya.

Ibu saudaranya, Jacinta Rukiah Japri, merayu kepada orang yang baik hati di luar sana untuk membantu anak saudaranya mendaftar di UMS.

“Dia anak sulung dalam keluarga lima orang dan adik-beradiknya masih bersekolah. Ibunya seorang suri rumah dan bapanya (abang saya) seorang petani.Mereka tinggal di Kg Dalamas, Paitan,” jelas Jascinta.

Dengan hanya tinggal seminggu lagi untuk membuat persiapan, dia berharap dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menampung kos yang diperlukan.

Anak saudara Jacinta, Jessica Rechard, 20, juga ditawarkan tempat di UMS di Sandakan untuk belajar pertanian. Nasib baik, ibu bapa Jessica, yang memiliki kedai tuck kecil, mampu membayar pendaftarannya dan perbelanjaan lain.

Dengan tarikh akhir pendaftaran yang semakin hampir, dia berharap sesiapa sahaja, individu atau kumpulan akan tampil membantu anak saudaranya dengan dana yang diperlukan, supaya dia boleh memulakan pengajian di UMS pada 14 Okt.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN