ADVERTISEMENTspot_img

COVID 19 bataskan aktiviti PKN Labuan

SUMBANGAN…. Mohd Saiful  (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Rosdi sambil diperhatikan oleh Raynie (dua kanan), Masliena (kiri sekali)  dan ahli-ahli PKN yang lain.

LABUAN – Pandemik COVID 19 yang  turut melanda  Wilayah Persekutuan Labuan sejak April tahun lalu  sedikit sebanyak telah membataskan aktiviti Pengerak Komuniti Negara (PKN) Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengerusinya, Raynie Datuk Mohd Din berkata, beberapa aktiviti yang telah dirancang terpaksa ditangguhkan  susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID 19.

Namun beliau yakin aktiviti yang telah dirancang itu akan dapat dilaksanakan pada tahun 2021 sebaik sahaja rantaian pendamik COVID 19 berjaya diputuskan.

HADIAH…. Masliena (kanan) mewakili Raynie menyampaikan sumbangan  kepada salah seorang penerima yang terkesan Pandemik COVID 19 sempena Hari Natal 2020

“Tidak seperti tahun sebelumnya kita telah melaksanakan   beberapa aktiviti kemasyarakatan  tetapi tahun ini kita kena patuh kepada Prosedur Operasi Standart (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan” katanya kepada media pada Majlis penyerahan sumbangan kepada Pasukan  Perlindungan  Kanak-Kanak (PPKK) LDA Sungai Bedaun oleh Pengerak Pemuda Negara  Bahagian Labuan  di salah sebuah  hotel di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan Ansharey Matarsad, Ketua Penyelaras Pemuda Negara Wilayah Persekutuan Labuan,  Mohd. Saiful Ridzuan Nazri, Ketua Penyelaras Wanita Negara (NOW) Bahagian Labuan, Masliena Sarhari dan wakil daripada PPKK Rosdi Thani @Eddy.

Pada majlis yang sama PKN turut meraikan  pengamal media Labuan sebagai tanda penghargaan   yang bukan sahaja telah banyak membantu dalam membuat liputan dan hebahan berkaitan aktiviti  PKN  tetapi juga sebagai tanda   sokongan kepada  wartawan dan jurugambar yang bersama sama barisan hadapan dalam  menentang wabak COVID 19.

Terdahulu sebelum itu PKN Labuan telah mengagihkan sebayak 40 beg sekolah untuk pelajar St. Anne  Labuan dan sumbangan wang tunai kepada beberapa keluarga yang terkesan dengan pandemik COVID 19 sempena sambutan Hari Natal 2020.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN