Bung Moktar
KOTA KINABALU: Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar)
mengutuk perbuatan pihak yang tidak bermoral dan bertanggungjawab menconteng lukisan mural di kawasan komersial,Taman Cahaya Alam Seksyen U12.
Katanya tindakan tersebut amat dikesali kerana mural tersebut dibuat untuk diabadikan sebagai menghargai peranan serta sumbangan semua pihak khususnya kepimpinan negara yang bertungkus lumus dan komited menangani pandemik Covid-19 dinegara ini.
Mural yang yang dihasilkan tiga pelukis muda iaitu Muhamad Suhaimi Ali 27,Muhamad Firdaus 26 dan Abdul Hadi Ramli 27 memaparkan potret Yang Dipertua Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ,Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dan beberapa pemimpin lain.
” Vandalisme mural ini sepatutnya tidak berlaku ,ianya dilakukan oleh manusia yang tidak bertamadun dan tidak menghormati pemimpin negara khususnya Yang Dipertuan Agung sebagai pemimpin kerajaan nombor satu negara”
” Saya harap pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengambil tindakan tegas membawa mereka yang terlibat ke mahkamah atas perbuatan yang tidak bertanggungjawab melakukan vandalisme yang melampau ini” katanya ketika ditemui di sini sebagai mengulas perbuatan terkutuk menconteng mural tersebut.
Menurut Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan beliau yakin perbuatan tersebut dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab disebabkan politik kebencian yang melampau.
” Hukuman yang setimpal harus diberikan kepada mereka yang terlibat agar menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak mengikut perbuatan yang terkutuk ini” tegas Bung .