30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

CLASSICO RANAU JUARA SUPERVET TERBUKA SABAH, BAWA PULANG RM6K

Classico Ranau..Juara Supervet Terbuka Sabah

PITAS: Classico Ranau muncul juara Karnival Bola Sepak Supervet Terbuka Sabah anjuran Pitas Legend yang berlangsung di Padang Majlis Daerah Pitas baru-baru ini.

Naib johan dimenangi oleh Laverstar yang tewas 0-1 kepada Classico Ranau pada pusingan akhir. Manakala tempat ketiga bersama dimenangi oleh Kalumpang SV dan Putatan Legend.

Dengan kemenangan itu Classico Ranau berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM6000, sebuah piala dan medal. Manakala pasukan Laverstar mewakili Labuan menerima wang tunai RM4000 berserta sebuah piala dan medal. Turut menerima hadiah ialah pemenang tempat ketiga bersama yang masing-masing membawa pulang RM2000 berserta sebuah piala dan medal.

Sementara itu anugerah bagi kategori Penyerang Terbaik diberikan kepada Dinaras Hilod, pemain dari pasukan Classico Ranau. Turut dimenangi oleh pasukan yang sama ialah anugerah Pemain Terbaik perlawanan akhir yang disandang oleh Jumil Rosli.

Pemenang Penjaga Gol Terbaik diberikan kepada Samad Daim dari Laverstar (Labuan).  Manakala Pemain Tengah Terbaik dan Pertahanan Terbaik masing-masing dimenangi oleh Abd. Lassin Utun dari Putatan Legend dan Aluddin dari Kalumpang SV.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat N3 Pitas, Ramlah Binti Nasir dan Penasihat ADUN N3 Pitas merangkap Kaunselor Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Pitas, Nasir Hj. Jakop.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Jali Suntang berkata seramai 14 pasukan terdiri daripada Pitas Legend A, Pitas Legend B, Laverstar (Labuan), Felstar (Lahad Datu), PGA Vet, Putatan Legend, TAB FA, Pangazou, Classico Ranau, Putera Vet 169 (Kota Belud), KM SV, Kalumpang SV, Sepinong FC (Sandakan) dan RRB (Tamparuli) telah menyertai kejohanan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN