ADVERTISEMENTspot_img

Chin Yun Hwa dipilih Yang DiPertua Majlis Guru Cemerlang Labuan Sesi 2026

Chin Yun Hwa (belakang tengah) bersama AJK Majlis Guru Cemerlang WP Labuan Sesi 2026

LABUAN: Guru Bahasa Cina, SJKC Chung Hwa, Chin Yun Hwa dipilih sebagai Yang DiPertua Majlis Guru Cemerlang (MGC), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan yang baharu bagi Sesi 2026.

Manakala Timbalan YDP disandang Michele Edmund.

Noor Diana Saramali dipilih sebagai Setiausaha 1 dan Setiausaha 2 disandang oleh Norhasiken Mohd Dahli.

Jawatan Bendahari 1 dan Bendahari 2, masing-masing disandang Susilawati Mohd Ibbinie Hong dan Azhan Salleh.

Pemilihan AJK Baharu MGC itu diadakan pada program Perjumpaan Bersama Majlis Guru Cemerlang yang dianjurkan Jabatan Pendidikan W.P Labuan di Bilik Al Ghazali, Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Labuan pada Selasa lalu.

Penyelaras program yang juga Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Labuan, Norhayati Yahya berkata seramai 13 orang menghadiri majlis itu yang disekalikan dengan Bengkel Guru Cemerlang 2026.

Beliau berkata menerusi Majlis Guru Cemerlang akan mengeratkan silaturrahim dan jaringan professional dalam kalangan guru cemerlang bagi memperkukuh kerjasama dan sokongan professional.

Selain itu, menjadi platform perkongsian amalan terbaik dalam PdP, inovasi pendidikan dan pengurusan bilik darjah.

“Memperkasa peranan Guru Cemerlang sebagai peneraju pedagogi,”katanya.

Pada masa sama, memperkukuhkan imej dan profesionalisme Guru Cemerlang sebagai model teladan dalam kualiti pengajaran dan sahsiah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN