28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 13, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Carepoint Clinic Plaza Legasy Tuaran terima tiga pengiktirafan dua tahun berturut-turut

PENGIKTIRAFAN.. Pengerusi Masjid At Taqwa Perumahan Laya-Lsya Tuaran, Encik Durasik menyerahkan Cenderahati Klinik Terbaik Tahun 2025 kepada Dr Viknesvaran.Turut kelihatan Encik Ag.Ismail Abu Bakar (bertopi putih), kakitangan klinik dan yg lainnya.

TUARAN: Carepoint Clinic Plaza Legasy Tuaran menerima tiga lagi pengiktirafan dari tiga badan kerana perkhidmatan cemerlang dan sosialnya kepada orang ramai.

Pengiktirafan itu diterima sendiri oleh Pengsrahnya, Dr Viknesvaran Thangiah dalam satu majlis di sini hari ini.

Klinik itu mendapat Pengiktirafan Anugerah Klinik Terbaik daripada Pengarah Sharikat Pembangunan Azam Dan Galian Sdn Bhd ,yang Disampai sendiri oleh Encik Awang Ismail Bin Abu Bakar kepada Dr. Viknesvaran Thangiah.

AMBIL DARAH…Dr Viknesvaran mengambil sampel darah salah seorang yg mendapatkan pemeriksaan percuma.

Manakala pengiktirafan kedua juga kepada Clinic Carepoint adalah daripada Pengerusi Masjid AT- Taqwa Perumahan Laya- Laya di sini bagi pihak penduduk sekitar.

Pengerusinya Encik Durasik Muyong menyampaikan pengiktirafan itu dalam bentuk cenderahati dan hamper juga diterima oleh Dr Viknesvaran Sebagai Clinic Carepoint Terbaik 2025.

Klinik itu juga mendapat Pengiktirafan Ke Tiga daripada Kelab Memanah ATTRAC Daerah Tuaran.

Anugerah Cenderahati diserahkan kepada Dr.Viknesvaran Thangiah oleh Presiden Memanah Kelab Attrac, Encik Fadle Marisen.

SAGU HATI…Tuan Imam Azis (tengah) salah seorang peserta pemeriksaan kesihatan juga mendapat sagu hati daripada Encik Durasik Muyong (kanan) sambil diperhatikan oleh Ag.Ismail Abu Bakar (kiri).

Ini adalah pengiktirafan kali kedua berturut-turut oleh tiga badan itu.Pengiktirafan yang sama juga dibuat pada tahun lalu.

Sementara itu seramai 40 orang penduduk yang tinggal di sekitar Perumahan Laya-Laya, Taman Fantasi, Taman Layar Impian dan Desa Sri Taman mendapat pemeriksaan percuma dari Carepoint Clinic yang diketuai sendiri oleh Dr Viknesvaran dengan pembantu-pembantu doktor dan kakitangan klinik.

Selain pemeriksaan biasa, pengambilan sampel darah jua turut dilakukan.

Ag Ismail dalam ucapan ringkasnya pada program itu merakamkan penghargaan kepada Carepoint Clinic kerana mengendalikan pemeriksaan kesihatan percuma itu.

“Ini adalah program CSR yang amat baik untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN